part 36

488 15 1
                                    

Alisa meluru masuk ke dewan sekolah. Hatinya panas! Dia tidak mengerti kenapa Neal membencinya. Apa salahnya? Apa silapnya?

" Neal!" panggil Alisa. 

Suaranya bergema di dewan yang kosong ini. Sudah lewat 6 petang, semua pelajar sudahpun kembali berehat di asrama masing-masing. Kecuali Neal. Dia ternampak Neal senyap-senyap ke sini lalu diekorinya.

" Ya?" di sebalik piano yang terletak di tepi pentas dewan, Alisa lihat Neal memanjangkan lehernya, meninjau padanya. Kemeja sekolah yang dipakainya tidak dikancing, menampakkan baju singlet warna hitam, dadanya yang bidang, serta kulitnya yang putih. 

" Kenapa? "soal Neal apabila melihat Alisa.

Matanya kelihatan jernih dan lembut saat mereka berbalas pandangan. 

Serta merta, Alisa terasa serba salah dan ragu-ragu . Tak mungkin Neal yang terkenal dengan kebaikan, akan mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati. Inikan pula membencinya tanpa sebab.  Entah-entah, Kenny cuma bergurau.  Tetapi wajah Kenny yang serius  bermain di benak memorinya. Mustahil Kenny bergurau tentang ini. 

" Betul kah awak bencikan saya?"  Alisa meluahkan soalan yang terpendam.

"Ya." 

Hati Alisa terasa tersentap.

Ya? Begitu mudah dia menjawabnya. Satu saat pun tidak teragak-agak. Ternyata, dia tidak peduli pada perasaan Alisa. Tidak peduli samada jawapannya itu melukakan hati Alisa. 

Tetapi... kenapa...

Alisa merasakan hatinya masih menyukai Neal. 

"Kenapa? Kenapa awak benci pada saya? " soal Alisa. 

" Sebabnya?  Awak tidak perlu tahu. " 

Dingin jawapan Neal. 

Hati Alisa terluka..

Namun, dia masih menyukai Neal. 

Bodohnya dia..

Alisa lihat Neal bangun dari duduk, hendak beredar dan menamatkan perbualan mereka.Spontan, dia menghalang Neal. Berdiri di depan Neal sambil mendepakan tangannya.

" Jika awak tidak mahu memberitahu sebabnya, saya percaya ia bukannya 'sebab' yang kuat untuk awak membenci saya. Ia cuma alasan kan?" 

Matanya merenung tajam pada Neal. 

Tidak give up. 

Dia mahukan jawapan. 

Tetapi dia jua tidak mahu melepaskan perasaannya yang mencintai Neal.

Cinta pertamanya. 

Sebab itu dia di sini. Itu tujuannya sebenarnya. 

" Awak memang betul-betul sukakan saya kan?" kata Neal tiba-tiba. 

Wajah Alisa terus berubah merah padam.  Malu. Bagaimana Neal tahu? 

Dia memandang Neal. 

Senyuman. 

Di wajah Neal tergaris senyuman manis. 

Mengapa lelaki ini senyum sedangkan  awalnya, tadi, terang-terang dia tidak menyukai dirinya? 

" Ya!"  jawab Alisa yakin. 

" Jadi, jika saya beritahu yang nama awak mengingatkan saya pada seseorang,  adakah awak akan sukakan saya lagi? "

" Siapa 'seseorang' itu?  " 

" My addiction. "

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now