part 86

503 12 1
                                    

Arsya tidak mengerti mengapa dia rasa tidak seronok, sedangkan dia memang mahukan Neal sedar yang dirinya adalah Arsya, bukannya Alisya.

Dia mahu lihat wajah Neal yang terkejut saat mengetahui kebenaran ini. 'Bermain' dengan Neal seperti selalu.  Kemudian dia akan seksa batin Neal dengan kenyataan yang Alisya sudah mati.Yang pengorbanan Neal sia-sia.

Rancangan yang di atur ini,  sempurna. Tetapi, hatinya tidak senang. 

Tidak gembira.

Melihat Neal di hospital tadi, melihat wajah kecewa Neal itu, hatinya terasa sakit.

Adakah disebabkan dia sudah terlalu lama berlakon sebagai Alisya. Hatinya mulai simpati? 

Bukan! Ini bukan simpati. Ini... 

Arsya perhatikan kelopak bunga magnolia yang berguguran di depannya.  Di bawah pokok magnolia yang bermekar indah ini, dia duduk di hamparan rumput yang lembut, bersendirian,  memerhatikan awan di langit. 

Taman rahsia.

Tidak tahu mengapa dia melarikan diri ke sini.

Cuma di sini dia rasa tenang. 

Peliknya, dia tidak pernah rasa seperti ini.

Perasaan gundah yang dialaminya. Debaran yang dirasainya, kerinduan yang dimilikinya. Semua itu terdetik setiap kali memikirkan Neal, malah ketika mereka bersentuhan, dia seperti gila. Ini bukan simpati, bukan empati. Ini cinta. 

Dia mencintai Neal. 

Kerana itu dia menyembunyikan diri dari Neal; bila kebenarannya terbongkar. 

" Tetapi, sejak bila? Aku.. tak mungkin cintakan Neal. This is not me." gomel Arsya sendiri, tidak mengerti perasaannya sendiri.

Mungkinkah, menyamar sebagai Alisya, akhirnya menjerat dirinya sendiri?

Prak! 

Arsya menoleh pada bunyi dahan patah itu. Di situ, Neal berdiri merenungnya.

.

.

.

Bunyi deruan air terjun mengisi kesunyian antara mereka.

Tidak jauh dari Arsya, Neal duduk menghampiri. Tidak terlalu dekat, tetapi cukup  untuk mereka saling berbicara.

" Bagaimana kau tahu aku di sini? Kau ekori aku? Sekarang apa yang kau mahu buat? Lapor aku pada polis?"

" Ah, mungkin kau nak tahu mana Alisya yang sebenar bukan?"

Arsya tersenyum sinis pada kata-katanya ini. Dia menanti balasan dari Neal.

" Dahulu, kita selalu ke sini bila ingin menyendiri. Tempat rahsia kita." ucap Neal, tenang. 

" Huh, 'kita'? Kau tahukan aku bukan Alisya?" soal Arsya meluat melihat reaksi Neal. Tenang? Mana rayuan? Mana penderitaan Neal? Tidak risaukah dia pada Alisya? Reaksi apakah ini?

" Kau nak tahu  tak apa yang terjadi pada Alisya?"

Neal merenung Arsya, tajam.

" Dia sudah mati." kata Arsya bangga lantas berdiri dan ketawa.  

"Cinta hati kau dah mati. Mayatnya entah di mana kesejukan di luar sana. Tau tak, aku yang cabut nyawanya? Aku bunuh dia dengan tangan ini." cerita Arsya cuba membangkitkan kemarahan Neal.

 " Oh, poor Alisya. Dia menderita ke akhir hayatnya. Merindui kekasih hatinya yang tidak dapat ditemunya, selama-lamanya." 

" It was so FUN."

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now