PART 51

481 12 2
                                    

" Neal sambut! " 

Kenny mencampak buah limau ke arah Neal yang sedang leka memerhatikan tukang kebun memangkas dedahan pohon besar di luar tingkap biliknya.  

Neal yang terkejut, tidak sempat bertindak dan buah limau itu jatuh tepat ke perutnya. Dia mengaduh senak perut sambil Kenny mentertawakannya. 

" Kau dah makan dah?" tanya Kenny sambil meletakkan beg plastik merah jambu yang terisi limau dan epal. Buah tangan untuk Neal.  

  " Sudah." 

Wad 4A ini  masih tiada pesakit selain Neal.  

Kenny lihat di meja, ubat Neal masih berada di dalam bekasnya. Tidak terusik, sama seperti semalam.

" Bila boleh keluar?'

"Esok, mungkin...."

Mereka berdua berada di klinik kecil di pekan yang agak jauh dari kampung Neal. Sudah seminggu Neal dirawat di sini. 

Tempoh hari,  paru-paru Neal dijangkiti spora asing ketika di hutan. Ditambah lagi dengan dirinya yang sedia lemah ketika itu, dan dibasahi hujan, keadaannya menjadi semakin teruk. Malam itu, selepas membawa Alisya pulang ke rumah, Neal jatuh pengsan. Kali ini, keadaannya lebih teruk dan Kenny membawanya terus ke pekan untuk dirawat. 

" Aku sudah dengar kisah silam kau dari Pak Mail." kata Kenny sedikit kekok. 

Dia tidak pasti samada perbualan begini sesuai , memandangkan Neal baru sahaja pulih. Tetapi dia juga taknak merahsiakannya dari Neal.

Neal senyum kelat.  "Berapa banyak yang kau sudah tahu?"

" Semuanya yang Pak Mail tahu. Semuanya yang mereka di sini tahu."

" Ia kisah yang tidak indah kan?  " 

"Yep. Tapi, takdelah teruk mana pun....I still like you.  " usik Kenny. Jawapan itu buatkan Neal tersenyum. Kenny juga.

" Tapi, aku percaya masih ada yang tidak diceritakan lagi. Cerita yang hanya kau sahaja tahu." sambung Kenny. 

Neal diam. 

" So... berapa lama lagi kau nak sembunyikan?" tanya Kenny. 

" Sembunyikan apa? "

"  Tentang hal kau mencintainya?"

Neal tidak terkejut. Kenyataan itu sudah terlalu jelas.  Di depan Kenny, dia tidak akan menyembunyikan apa-apa lagi. 

" Aku cintakan Alisya." kata Neal. 

" Jadi, bila kau nak beritahu dia?"

" Never.. "

Perbualan mereka terganggu bila seorang jururawat manis berkulit kuning langsat mendekati mereka. Dia mengambil suhu badan Neal, melihat monitor, mencatat sesuatu dan kemudian beredar. 

" Apa maksud kau never?"

"  Bermaksud dia tidak perlu tahu. Antara aku dan dia, tiada apa-apa. It was nothing. "

*Nothing? Malam tu, aku nampak apa yang berlaku antara korang berdua. That was not nothing! That tears, that was not nothing. That feeling, that was not nothing!.  Hanya orang buta sahaja yang tak nampak apa yang wujud antara korang berdua. She is everything for you. Since past she has been everything for you!"

Ingin sahaja Kenny cakap begitu, tetapi lidahnya kelu. Setelah apa yang telah dia katakan pada Alisya dan kesannya pada mereka berdua,  dia takut ingin menyuarakan pendapatnya lagi, tanpa kebenarannya pasti.

Raut wajah Neal pula jelas menunjukkan yang masih ada cerita yang belum mampu Neal kongsikan.

Jadi... 

" Aku percaya kau ada sebab sendiri untuk ini. " akur Kenny. 

Bunyi tombol pintu dipusing mengalihkan perhatian mereka. 

Pintu bilik dibuka.

" Hai, everyone! " tegur Alisa ceria.

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now