Kenny meninggalkan tetamu-tetamu yang meriah di ruang tamu dan masuk ke dapur. Di situ, kelihatan Mek Jah sedang sibuk menyediakan makanan tengahari untuk semua. Lengan baju kurungnya di sinsing ke siku dan keringat peluhnya kelihatan mengalir di dahi dek bahang api dapur.
Walaupun begitu, tiada keletihan dipamerkan. Sebaliknya Mek Jah lebih bersemangat menyediakan jamuan makan-makan, tanda terima kasihnya pada Kenny, Pak Mail, Boy dan semua yang telah membantu mencari Alisya tempoh hari.
Di meja, Alisya pula sedang tekun mengupas bawang, memotong sayuran dan menyediakan semua bahan-bahan masakkan- sedaya upaya membantu Mek Jah.
Kenny mendekati Alisya dan terus duduk di kerusi kosong sebelah Alisya.
Hari ini merupakan hari terakhir dia menikmati suasana kampung, masakan kampung dan udara kampung. Esok, seawal pagi, dia akan kembali ke Kuala Lumpur. Neal dan Alisa pula akan pulang ke KL hari ini. Mereka berdua tidak hadir ke majlis kesyukuran ini.
Jauh di hati Kenny, dia tahu Neal cuba menjauhi Alisya. Kerana,sejak Neal discaj dari klinik, tidak sekalipun dia bertanya khabar Alisya.
"Neal balik KL hari ini. " katanya membuka bicara.
" Em... Saya sudah tahu." balas Alisya. Dia berhenti mengupas bawang.
" Oh ye.. kalau Neal balik, maksudnya awak pun akan balik kl juga ke hari ini?" tanya Alisya.
" Tak.... saya balik esok."
"Tempat ni pasti akan sunyi dan boring tanpa awak."
" Alisya, maafkan saya." ucap Kenny meluahkan apa yang terbuku di hati.
" Saya bersalah pada awak. Tindakan saya, tuduhan dan perbuatan saya, terutama ketidakpercayaan saya pada awak. Saya.. saya seorang sahabat yang teruk!Saya tahu tak mungkin awak dapat lupakan dan maafkan apa yang telah saya buat, tetapi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya yang menuduh awak melulu."
" Khairul, saya tak pernah salahkan awak. Saya faham kenapa awak bertindak begitu. Awak hanya risaukan Neal dan ingin melindunginya. Neal bertuah memiliki sahabat sejati seperti awak. "
Alisya senyum. "Dan saya berharap awak juga dapat jadi sahabat sejati untuk saya, boleh?"
Kenny mengangguk. " No problem!" jawabnya sambil membuat tanda ok dengan jarinya.
Alisya ketawa dan kembali meneruskan kerjanya yang tergendala sambil diperhatikan Kenny.
" Neal singgah tak ke sini sebelum dia balik nanti?" tanya Alisya tiba-tiba.
Kenny perhatikan mimik wajah Alisya yang kelihatan mengharap.
" Tak."
Jernih mata Alisya berubah.
"Emm.. saya dah agak dah! Dia mesti tak sabar-sabar nak balik KL. Mana ada klass duduk di sini,bersama-sama orang kampung .. saya ingatkan dia dah berubah, ego, sombong. Ucaplah selamat tinggal kat kami semua.. ceih...baguslah dia balik cepat-cepat... " rungut Alisya pumpangpumpang.
Bebelan Alisya bagi Kenny kedengaran seakan-akan cuba mengaburkan perasaannya.
" Alisya." panggil Kenny, menghentikan bebelan ini.
" Awak.. ingatkah apa yang berlaku antara awak dan Neal malam tempoh hari?" tanya Kenny.
Alisya terkebil-kebil.
" Alisya, boleh naik ke bilik makcik dan tolong ambilkan makcik kotak biru yang terletak di dalam almari solek ? Dalamnya ada resipi arwah mak makcik. Makcik ingat-ingat lupa pula." pinta Mek Jah tiba-tiba.
"Emm.." jawab Alisya lalu meminta diri untuk beredar.
"Khairul!" panggil Alisya sebelum terlupa. " Saya tidak ingat, apa-apapun."
Alisya senyum manis.
.
.
.
.
.
Di tingkat atas, Alisya tidak terus ke bilik Mek Jah, sebaliknya dia masuk ke biliknya dan menguncinya dari dalam. Dia terus bersandar di pintu dan perlahan-lahan terduduk sambil memeluk kedua lututnya. Wajahnya di sembam ke lutut.
** It's ok.. Saya dah jumpa awak..akhirnya.. * *
Bisikan itu.
Pelukan dan tangisan itu.
Semuanya segar di ingatannya dan memorinya.
Dan Alisya tahu ia bukannya satu mimpi.
** Jadi saya tertanya-tanya kenapa awak? Siapa awak?Apa awak bagi diri saya? **
Soalan yang pernah diajukan pada Neal di pertemuan mereka dahulu, kini sudah mempunyai jawapannya.
Alisya sudah ingat, yang di bilik yang terkunci ini, di sebalik jendela yang terkunci, dia melihat Neal berdiri di depan pagar rumahnya, setiap hari menantinya.
Manakala dirinya yang tidak berdaya, hanya mampu memandang dengan air mata yang bergenang.
Alisya ingat.
Setiap hari, bila Neal meninggalkan rumahnya, dengan hampa, dia juga akan menangis bersendirian hingga tertidur.
Dia memberontak, menghentak pintu malah cuba untuk melarikan diri tetapi segalanya sia-sia. Dia terkurung di rumahnya, di biliknya sendiri. Dibawa jauh dari Neal.
Dia juga ingat.
Walaupun jauh berpisah, dia sentiasa merindui Neal.
Bertahun-tahun dia hidup dengan berpegang teguh pada memori ini.
Memorinya bersama Neal lah pengubat keperitannya. Dan dia sentiasa percaya yang dia akan bertemu Neal kembali , satu hari nanti.
Itulah Alisya, dirinya yang sebenar.
Air mata Alisya menitis jatuh .
Memorinya.
Ya, dia ingat perasaan dan kerinduan ini.
Hari itu, dalam hujan yang lebat, dalam dakapan Neal, dia mengetahui yang dirinya mencintai Neal..
bukan sejak saat itu,
tapi sejak dari dulu lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/15015455-288-k111865.jpg)
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomansaApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...