Kenny muncul depan pintu sambil mendukung Alisya yang tidak sedarkan diri.
" Ya Allah! Kenapa dengan Alisya ni? Kenapa boleh jadi begini?" teriak Mek Jah.
Tetapi situasi tidak mengizin Kenny menjelaskannya. Mek Jah mengarahkan Kenny membawa Alisya ke kamar tidurnya.
"Apa yang terjadi?" soal Mek Jah sebaik sahaja Kenny meletakkan Alisya di katil.
" A... Alisya... dia jatuh pokok tadi makcik." gagap Kenny menjawab.
Dia masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi pada Alisya. Semua ini takkan berlaku jika dia tidak mencurigai Alisya. Alisya tak mungkin buat semua itu pada Neal. Tidak mungkin sembunyikan sesuatu dari mereka. Teorinya satu kesilapan. Dia fikir melalut dan bukan-bukan kerana terlalu bimbangkan Neal. Itu sahaja.
Alisya tak mungkin...
"Urghh..." kedengaran erangan perlahan dari Alisya.
Mereka berdua memandang Alisya yang separa sedar. Matanya masih lagi terpejam namun mulutnya kelihat berkumat kamit. Dahinya berkerut-kerut, mula merasai kesakitan di tubuhnya.
" Alisya!" Mek Jah terus duduk di sisi Alisya. Dipegangnya tangan Alisya, cuba menenangkannya.
" Doktor... doktor.. klinik, mana klinik terdekat? " bicara Kenny sendirian, baru teringat perkara penting itu . Matanya melilau mencari telefon.
"Tak perlukan doktor." larang Mek Jah tiba-tiba.
" Tapi, kita kena suruh doktor check juga Alisya ni, kot-kot ada apa-apa .."
" Tak perlu!" potong Mek Jah dengan nada suara yang keras. Kenny terkejut.
" Alisya tidak cedera di mana-mana, taulah makcik menjaganya. " jelas Mek Jah, merendahkan suaranya kembali.
" Tapi.."
" Baik kamu balik. Alisya dah tak apa-apa lagi."
Kenny masih tidak berganjak.
" Kamu balik!" arah Mek Jah lagi. Kali ini Mek Jah menjengil seolah-olah marah padanya.
Dengan rasa berbelah bahagi, Kenny keluar dari bilik. Dia ingin menjelaskan segala-galanya pada Mek Jah. Dia juga ingin minta maaf pada Alisya kerana menuduhnya tanpa sebab. Tetapi, Mek Jah sedang marah, mungkin menyalahkannya atas kemalangan yang berlaku pada Alisya.
Memang pun dia bersalah.
Kenny beredar situ..
Dia akan tunggu redanya kemarahan Mek Jah, Esok dia akan kembali .
Langkah Kenny terhenti bila perhatiannya tertarik pada sebuah bilik yang terselak pintunya; tidak jauh dari bilik Alisya.
Naluri ingin tahu membuatkan dia menjenguk ke dalam.
Menyirap darahnya melihat apa yang tersembunyi di dalam bilik itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/15015455-288-k111865.jpg)
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...