" Ada yang tidak kena."
" Apanya?"
" Semuanya."
Neal tidak mempedulikan Kenny. Dia menjenguk ke bilik tidur, melihat Alisya yang sedang berselimut, yang sedang lena dibuai mimpi. Dia tersenyum senang hati, kemudian perlahan-lahan merapatkan daun pintu.
Dia kembali ke ruang tamu di mana Kenny sedang menantinya.
" Bukankah kau nak balik tadi?" tanya Neal pada Kenny. Malam sudah menganjak ke pagi.
" Ya, aku tau. Tapi ada benda aku nak beritahu kau. Kerunsingan aku."
" Terima kasih Kenny, kerana kau, aku dapat berjumpa Alisya kembali." ucap Neal menepuk bahu sahabat karibnya ini.
"Neal, dengar ni, aku rasa ada yang tak kena dengan Alisya."
Neal menepuk bantal tidurnya. Dia tidur di ruang tamu dan Alisya di bilik, itu maksudnya bila Alisya diajaknya tidur di sini.
" Good night, kalau kau nak tidur, sofa tu free."
Neal sudah siap sedia untuk tidur. Tetapi, Kenny masih ingin meluahkan kesangsiannya.
"Camne aku nak cakap! Em.. dari tadi kadang -kadang aku rasa dia bukan Alisya. Maksud aku dia memang Alisya tapi at the same time, dia buatkan aku rasa dia macam orang lain. "
"Honestly, memang aku rasa selesa dengannya tapi ada ketikanya, aku terasa takut dengannya. Tidak tahu kenapa, tapi setiap bicaranya, renungannya kekadang aku rasa seakan mengancam aku. She is just not like the person i knew."
Kenny menjeling pada bilik tidur, khuatir Alisya tiba-tiba keluar. Kemudian dia merenung pada Neal, menanti reaksi Neal.
Tetapi temannya itu hanya membisu.
Raut wajahnya seakan bersetuju dengan Kenny, tetapi bibir itu tidak mengucapkan apa-apa.
" Kau tahu kan? Sejak awal lagi, kau tahu dia bukan Alisya kan? Sebab itu kau hanya membisu sepanjang tadi?"
"Apa kau melalut ni. Kau yang bawa dia ke sini, kemudian kau mencurigainya? Jika dia bukan Alisya, habis siapa dia?"
Kenny tidak dapat membalas. Ya, itu Alisya. Takde yang beza pun. Dia Alisya! Rupanya, suaranya, segalanya – Itu Alisya yang dikenalinya. Apa yang dia fikir ini?
" Habis kenapa kau diam sahaja sejak tadi? Apa yang kau fikirkan saat melihat dia?"
Neal senyum tipis.
"Aku memikirkan yang semua ini mimpi. Hampir tidak percaya yang di depanku, adalah Alisya. Sebab itu bila dia ingin pergi, aku tidak mahu lepaskannya. Aku tidak mahu kehilangannya lagi."
Penjelasan Neal memadamkan segala rasa curiga di hati Kenny. Mungkinkah dirinya hanya keliru?
Mungkinkah disebabkan terlalu lama mencari Alisya, otak dan fikirannya asyik berwaspada? Semua perkara nampak seperti muslihat, pelik dan serba tidak kena.
Syukurlah pencarian mereka sudah berakhir. Kini mereka semua boleh kembali menjalani kehidupan yang normal.-gembira.
" Maafkan aku sebab fikir salah faham tentang Alisya."
Neal mengangguk mengerti. " Kau tidur sini ke?"
" Tak, aku nak balik lah ni. Kau jangan buat benda bukan-bukan dengan Alisya."
Amaran Kenny membuatkan Neal tertawa. Mereka berjalan ke pintu keluar.
" Lagi satu.. " kata Kenny sambil mengambil kunci keretanya yang digantung di tepi pintu.
"Bila aku katakan ada yang tak kena. Semuanya, aku maksudkan kau juga."
Neal senyum.
" Jangan risau, aku masih Neal."
![](https://img.wattpad.com/cover/15015455-288-k111865.jpg)
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
Roman d'amourApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...