Part 81

499 11 2
                                    

Ris sedang menghidangkan makan malam iaitu nasi dan lauk yang dibeli bungkus. Di meja makan, Alisya memerhati dengan bosan sebelum beredar dan berjalan-jalan di ruang tamu Ris.

Setiap perabot dan perhiasan di rumah ini dibeleknya satu persatu. Siapa sangka ruang rumah ini dibina di dalam gudang lama ini . Di sini, hanya ada sofa lama, tilam kusam, sinki dan sebuah almari kaca. Juga tersembunyinya dibawahnya, sebuah bilik kurungan. Bilik kurungan yang menjadi tempat tinggalnya selama ini. 

Alisya cuba mencari tingkap, ingin menjengah ke luar. Namun, tiada satu pun melainkan pintu gudang yang sentiasa terkunci.

" Tiada jalan keluar. Tempat ini terpencil." beritahu Ris yang rupanya memerhati.

Alisya berdiri di depan almari kaca. Di dalamnya, ada lima anak patung laki-laki. Semuanya sudah rosak dalam keadaan mengerikan. Tiada tangan, tiada kaki, mata dileraikan, kepala dikorek, koyak rabak, penuh dengan jahitan yang tidak kemas. 

Di rak paling tinggi, hanya ada satu anak patung yang masih elok, seolah-olah tidak terusik. Di sisi anak patung itu ada pisau bedah yang lama.

" Ditempah khas, milik Arsya semuanya." kata Ris mendekati Alisya.

Alisya merenung anak-anak patung itu lalu menyedari yang patung-patung rosak itu menyerupai Ris. Hati Alisya tidak senang melihatnya. 

"Mari makan." ajakan Ris diturutinya.

Mereka berdua menikmati makan malam mereka dalam sepi.

Sudah hampir seminggu Alisya hidup bersama Ris seperti ini. Tiada lagi  bilik kurungan di bawah. Tiada ancaman dan ketakutan. Ris tidak lagi mengasarinya seolah-olah telah membebaskannya. Tetapi, dia hanya bebas di sini.  Gudang ini masih jadi penjaranya. 

"Ini je mampu saya bagi awak, makanan bungkus. Saya tidak reti memasak. Selama ini Arsya yang buat semuanya dan masakannya memang terbaik." borak Ris gembira.

Di memorinya, dia terbayangkan Arsya yang sedang leka memasak dan dirinya yang akan senyap-senyap memeluk Arsya dari belakang.

" I really miss your cook, Arsya." luah Ris.

Alisya hanya mendiamkan diri. 

Ris masih lagi keliru.

Sekejap memanggil dirinya Alisya, kemudian ada ketikanya dirinya dipanggil Arsya. 

"Bila kita pulang ke rumah sebenar kita nanti, jom kita tengok movie kegemaran awak tu. Ingat lagi tak?"

"Ris, saya Alisya. Saya tidak pernah ke rumah awak atau tengok movie yang awak maksudkan tu." balas Alisya, tidak mahu Ris semakin hanyut dalam kekeliruan.

Ris tersentak bagai dikejutkan dari mimpi. Raut wajah yang gembira berubah muram. 

"Oh, ya...tak pernah."  setuju Ris, seolah baru teringat. Dia tersenyum pahit. 

Sudu makan diletakkan ke tepi, tidak lagi menyambung makannya. Perlahan-lahan, dia menuju ke sinki, membasuh tangannya yang menggigil.

" Ya, awak Alisya. Saya keliru. Arsya dia..." kata-kata Ris terhenti.

Dia teringat akan tubuh Arsya yang sedang sejuk  dan keseorangan di satu tempat . Tidak percaya yang dia  telah mencampak dan menanam jasad perempuan yang dicintainya, tanpa rasa belas.

Tidak mungkin!Tidak!!  

Bagaimana dia boleh tersilap?

Ris menyental tangannya ulang-ulang. Seolah-olah mahu menghilang kesan tanah yang kotor di tangannya.

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now