part 7

867 28 1
                                    

Neal berhenti betul-betul di depan pagar rumah banglo berwarna biru itu.Handle basikalnya digenggam erat.

Dia memandang sayu pada banglo dua tingkat yang berada di sebalik pagar yang tertutup rapat ini. Ia masih kelihatan sama. Walaupun, catnya sudah semakin luntur dan suasananya lebih sunyi, ia masih sama. Halaman rumahnya bersih dihiasi dengan pokok –pokok dan taman bunga yang dipenuhi orkid dan mawar. Malahan kolam kecil di tengah-tengahnya masih seperti dulu, masih dihiasi dengan bunga teratai.Mungkinkah segalanya masih tak berubah? 

Neal menolak basikalnya hendak beredar dari situ tetapi sebaik sahaja dia terdengar sayup-sayup petikan bunyi piano dari banglo itu, langkahnya terhenti dan kembali dia menoleh pada banglo lama itu..

Neal tersenyum sendirian apabila menyedari ia hanyalah khayalannya sendiri. Cuma khayalan.

" Neal ke tu?"

Hampir sahaja dia melepaskan basikal yang dipegangnya tatkala mendengar suara itu. 

-----------------------------------------------------------------------------

Kenny menguap senang hati. Dia kini berdiri di beranda sambil memandang halaman rumah lama Neal. Apabila angin petang menyapu wajahnya, serta-merta dia rasa amat tenang. Suasana kampung ini, betul-betul menyegarkan.Betul-betul ' relax'.

Tidak sangka rupanya,Neal pernah tinggal di sini.Uishh, asal kampung rupanya member dia ini. Peliknya, Neal tidak pernah bercerita tentang kampungnya ini, well difikir kembali Neal langsung tidak pernah bercerita tentang masa silamnya, zaman kanak-kanaknya, keluarganya, hampir segalanya. Jadi, mungkin ini peluangnya untuk mengenali Neal?

" Assalamualaikum." tegur Pak Mail yang selalu sahaja muncul tiba-tiba di rumah Neal ini. Kenny selalu berfikir macam mana lah Pak Mail ini boleh senyap-senyap sahaja muncul, tiada bunyi atau suara, mungkin Pak Mail ini selalu masuk hutan memburu mungkin?

" Waalaikumsalam.Pakcik dari mana ?"

"Baru balik dari kebun. Kamu sudah makan? Kalau belum, marilah ke rumah pakcik, makcik kamu dah sediakan makan petang."ajak Pak Mail ikhlas.

Kenny rasa macam nak melompat dan memeluk orang tua ini. Sememangnya dari tadi perutnya sudah berkeroncong irama hiphop menahan lapar.Hanya nasi lemak pagi tadi yang sempat dibedalnya, tengah hari tadi dia membuta sampai ke petang. Neal lah punya pasal, kata nak keluar beli makanan tetapi sampai petang kelibatnya pulang langsung tidak ternampak.

" Ajaklah Neal sekali."

"Neal takdele pakcik, dia keluar dari tengah hari tadi."

Pak Mail memandang garaj yang terbuka, kosong. " Dia keluar jalan-jalan kot, yerlahkan, lama dah dia tak balik sini, kamu siaplah."

" Baik." Sahut Kenny seakan budak baik.

----------------------------------------------------------------------------

Neal meneguk air teh di tangannya sambil mendengar celoteh seorang wanita beruban berusia lingkungan 60-an ini. Wajah wanita berumur itu jelas ceria dengan kehadirannya. Dari tadi tidak henti-henti bercakap sambil diselangi dengan gelak ketawa. Neal seperti biasa menjadi pendengar yang baik  dan cuba menceriakan wanita ini dengan senyuman dan ketawanya; seperti biasa.

" Memang banyak benda yang makcik ingat masa kamu kecik-kecik dulu. Nakalnye... Tiap-tiap minggu, mesti kamu curi buah rambutan kat laman rumah nie, lepas tu.. boleh pula kamu jual balik kepada makcik dekat pasar malam tu. Selamat makcik cam muka kamu nie.Nakal, lantang,.berani."

Neal hanya senyum malu dengan pujian itu. Wanita itu terbatuk sekejap. Dadanya diurut perlahan-lahan.

" Usia dah lanjut, macam-macam penyakit dah dapat dah."jelasnya apabila melihat Neal yang risau dengan keadaannya.

" Tapi, kamu memang banyak berubah Neal. Dah 9 tahun sejak kali terakhir kita bertemu.."

Wanita itu memandang sayu pada Neal yang masih tak lekang dengan senyuman di wajahnya.Budak ini memang sudah terlalu berubah.Neal kini lebih matang dan tenang,  tanda-tanda seorang yang membesar sebagai lelaki budiman.Bukankah perkara itu bagus?

Cuma dia rasa tidak selesa dengan keadaan ini terutama apabila melihat pandangan mata Neal itu.Ia langsung tak bermaya dan bercahaya seperti dahulu. Senyuman di wajahnya itu tidak dapat menipu seorang wanita tua yang sudah mengenali Neal sejak kecil. Sejak budak ini dilahirkan.

Tetapi, diikutkan ingatan lamanya , pandangan mata sebegitu sudah terlihat sejak peristiwa itu. Peristiwa itu, Neal masih ingat lagikah? Mungkinkah budak ini masih lagi menyimpan luka selama 6tahun ini?

Wanita itu bangun mengemas cawan dan pinggan di meja makan ini.

"Saya balik dululah makcik." Balas Neal. Nampaknya tiada apa lagi yang hendak diborakkan. Lagipun hari pun sudah semakin gelap dan Neal rasa adalah lebih baik dia beredar.

Wanita itu meletakkan pinggan dan cawan ke sinki, bersedia membersihkannya.

" Kamu tak nak tengok-tengok ke rumah lama ini dulu?"

Neal tergamam dengan pelawaan wanita itu. Sebenarnya dia tidak terfikir langsung yang dia akan berada di dalam rumah ini, berada di sini dan kembali di sini. Banglo yang menempatkan sebuah memori yang tidak ingin diingatinya namun tidak dapat dilupakannya. Entah kenapa, hatinya mengesanya menerima.

Neal menggangguk lemah dan terus keluar dari dapur besar nie menuju ke ruang tamu.

Wanita itu senyum lebar. " Selamat pulang" katanya perlahan.

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now