"Khairul, Naik lah cepat!"
Kenny memandang pokok rambutan di depannya dengan perasaan ragu-ragu..
" Takut ker? " tanya Alisya yang sudahpun duduk di salah satu dahan.
Dia memandang Kenny yang masih berada di bawah.
"Hey, don't call me Khairul."
"Khairul, khairul, khairul, khairul!!...." ulang Alisya dengan tawa yang kuat. Merah padam muka Kenny diusik begitu.
"Cepatlah panjat! " arah Alisya.
Kenny serba-salah. Ni lah kali pertama dia panjat pokok.Selalunya dia rock climbing, racing, tapi..
Kenny telan air liur.
Rasanya perkataan panjat pokok nie mengerunkan dia..Tak pernah dia cuba memanjat pokok...Apa rasanya? Kuatke dahan pokok nie? Tak jatuh ke?
" Khairul!lekaslah naik!." gesa Alisya lagi.
" Err.."
" Senang jer ler. Sayapun boleh buat!"
" Nie macam rock climbing kan?"
" Err.. yer kot... Naiklah.. best kat atas nie.. ada rambutan, kerengga sikit jer."
"Apa? Kerengga?" tanya Kenny mulai ragu-ragu.
" Hey, naiklah!"
Kenny menarik nafasnya. Akhirnya, dia memanjat naik ke atas.
" Yeah!!" jerit Alisya sambil bertepuk tangan tanda sokongan sebaik sahaja Kenny sampai di sisinya.
" Ok tak?" tanya Alisya.
" Rendah dari rock wall yang i selalu panjat. " lagak Kenny.
" Ceit...berlagak... naik tadipun dah macam nak separuh mati.." usik Alisya.
Dia memberi Kenny rambutan yang dipetiknya semasa menunggu Kenny naik.
" Thanks.." ucap Kenny.
" Typical KL." usik Alisya.
" Hey!!,.. okler this my first time doing this crazy thing with you. It doesn't means i'm typical KL.."
Alisya memandang Kenny, dengan raut wajah tidak percaya dengan Kenny.
"Ok..Ok..maybe sikit KL .. puas hati?" kata Kenny mengalah.
Alisya sengih.
" Camne kehidupan awak kat KL?" tanya Alisya sambil menyumbat masuk rambutan ke mulutnya.
" Hmm.. .. women, money, women, money, woman... auch..auch..auch!!..." jerit Kenny sebaik sahaja dicubit Alisya.
"Serius lah!.. Emm.. macam mana kehidupan awak ya? Ada adik? Hmm... girlfriend? err.. apa-apa lah!"
" Kenapa nak tahu?"
"Well... untuk orang yang takde apa-apa memori macam saya, saya rasa seronok dengar kisah orang lain. Itu sahaja. Boleh? "
"My life not interesting pun."
" Hmm.. takperler camtu.. ."
Muka ALisya monyok.
Oklah, Kenny mengalah. Dengan Alisya, memang susah nak cakapkan tidak.
"I anak tunggal.. My dad in in trading business, so most of the time, dia ada kat UK, Brazil, Canada, everywhere except his own home. And my mother...She's a model and i jarang berborak dengan dia. So nothing much to talk about her or my father, or my life..."
"it's suck..." Kenny menghabiskan bicaranya.
"Sorry.." kata Alisya, rasa bersalah menyelubungi dirinya bila lihat wajah Kenny seakan muram.
" But.. I have lots of money, sexy girls...friends... and ... Neal..."
Wajah Alisya berubah saat nama Neal disebutnya.
" You tak nak tanya apa-apa pasal Neal ke? FYI, I know lots about him.. ." tanya Kenny, lembut.
Alisya diam.
"Okeeyyy..... .taknak tanya takpeeeeeeer.."
Kenny membuat gaya hendak turun dari pokok sebelum Alisya cepat-cepat menahannya.
" Awak kenal Neal dah lama ke?"
Kenny menguntum senyum. Ingat Alisya sorang jer boleh paksa orang.. hohoho~
" Sudah masuk 6 tahun. Sejak sekolah menengah, we were in the same class. Be friend ever since that day."
" Sekolah menengah apa? "
"Sekolah Menengah Everent Clouds"
"Everent... Clouds..."ulang Alisya seolah-olah mengingati sesuatu.
" Kenapa?"
" takde apa-apa.Teruskan..."
" Itu jer... "
Alisya kembali membisu. Dia seolah-olah sedang hanyut memikirkan sesuatu di benak fikirannya.
"Hey!.. jangan buat muke camtu..Tak comel..." Kenny mengosok kepala Alisya seperti mengusap anak kucing pula gayanya.
Usahanya berbaloi, bila Alisya kembali tersenyum.
Alisya menunjukkan tangannya pada Kenny.
" Cuba tengok tangan nie.Nie tangan pemain piano tau..." kata Alisya bangga.
"Yerke?... Camner tau? Nampak cam tangan tukang besi ajer.."
"Helloooo!!... tolong sikit yerk!!.. Mek Jah yang beritahu..."
Kenny tahu, Alisya tidak mungkin berbohong. Lagipun keluarga Alisya adalah keluarga seni, jadi tidak mustahil gadis di depannya ini punya bakat sendiri.
"Jadi boleh la you main piano untuk I nanti?" tanya Kenny.
Alisya mengetap bibirnya.
"Buat masa ini... be..lum...... "
" Tak ingat camner nak main ker?"
Alisya mengangguk. Kenny ketawa terbahak-bahak...
"Kenapa?"
"Jadi betul lah tangan besi kan? Bukan tangan pemain piano..."
Giliran Alisya pula ketawa, tidak sangka diusik Kenny begitu.
"Saya suka borak dengan awak. Awak buat saya ketawa. Saya sukakan suasana begini." ujar Alisya. Bayu petang menghembus rambutnya yang lembut.
Kenny tergamam. Inilah kali pertama seorang perempuan bercakap selembut itu..Kata-kata yang kedengaran ikhlas. Selama ini perempuan yang didampinginya tidak pernah buat dia rasa sebegini tenang, tersentuh.
Kenny merenung Alisya.
Gadis seayu ini..Kenapa Neal bertindak dingin dengannya?
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...