Wanita berkot makmal itu merenung Neal yang kusut.
Bibir Neal kering, tubuhnya kurus melidi dan lingkaran hitam jelas di kedua belah matanya. Tulang pipinya cengkung. Budak lelaki ini selain kekurangan zat, dia juga kehilangan semangat untuk hidup.
Di usia 16 tahun, remaja seperti Neal ini sepatutnya menikmati hidup, bergembira bersama rakan-rakannya tetapi sebaliknya, Neal merosakkan hidupnya.
" Neal, kamu ingat tentang Arsya, ibu.. Alisya? Apa yang kamu rasakan tentang mereka?"
" Arsya cuma sebuah mimpi ngeri, ibu pula ia satu kemalangan.."
" Alisya?"
Serta merta wajah Neal berubah. Perlahan-lahan dia lihat di mata anak muda ini bertakungan air mata. Wanita itu sudah mengagak. Dia melangkah ke mejanya, senyap-senyap mengeluarkan jarum dari lacinya.
" Kepedihan, kesedihan dan kehilangan itu. Perasaan itu, maukah kamu lupakannya?"
Wanita itu kembali mendekati Neal, memegang tangan Neal, memujuknya. Name tag di dadanya, bersilauan bila cahaya dari satu-satunya lampu di biliknya, bersinar padanya. Tertera perkataan DR. di depan namanya.
" Tidak.. Saya tidak akan lupakan Alisya..tidak!" tangan doktor yang bercermin mata itu, Neal tepis.
" Saya tahu.. Saya jelas akan hal itu, tetapi Neal, Alisya bukan perkara yang baik untuk kamu. Dia mimpi ngeri. "
Doktor itu mengusap parut di tangan Neal. Dia tahu cerita disebalik parut ini. Memori ngeri itu. Dia tahu segalanya dan keputusan ayah Neal membawa anak tunggalnya ini keluar dari kampung itu adalah keputusan yang betul. Kini, dia akan membantu mereka dua beranak memulakan hidup baru di tempat baru ini.
"Alisya cuma membawa kepiluan dan kesedihan kepada kamu." ujarnya lembut, seolah-olah memahami dan mengerti perasaan Neal.
Air mata Neal yang bertakung mulai mengalir, membasahi pipi.
Neal geleng-geleng kepala, menafikannya, tidak mahu mempercayai kata-katanya.
" Ingat lagi kematian ibu kamu Neal? Kedegilan kamulah yang menyebabkan ia berlaku.Jika hari itu, kamu tidak mencari Alisya, ibu kamu takkan mati hari itu."
" Ingat bagaimana ayah kamu menyalahkan kamu sejak hari itu? Ingat bagaimana dia memandang kamu dengan perasaan benci akan darah dagingnya sendiri?"
" Kehidupan kamu, keluarga kamu semuanya musnah sejak hari itu Neal.Semuanya salah Alisya.Jika dia tidak pernah wujud dalam hidup kamu, semuanya takkan terjadi seperti hari ini."
" Tanpa Alisya, tiada kepiluan, tiada kesedihan... tiada kebencian.. " ujar doktor itu tanpa ragu.
" Tetapi, tiada jua kegembiraan. Kosong." balas Neal.
Doktor wanita itu terdiam.
Apa yang dikatakan Neal itu betul.
Dia merenung Neal.
Neal, mencintai budak perempuan bernama Alisya ini.
Dari pemerhatiannya satu sessi ke satu sessi, dia tahu perasaan Neal pada Alisya sangat mendalam. Memori dan kisah mereka menjadi pegangan Neal. Cinta mereka sudah berpahat di hati Neal. Kerana itu, apabila kehilangan Alisya, emosi Neal menerima tamparan yang begitu hebat. Ditambah dengan kematiannya ibunya. Keadaan jadi tidak terkawal. Tanpa sedar, Neal memusnahkan dirinya.
Sebagai seorang doktor, dia ingin merawat Neal.
Dan sebagai seorang makcik, dia tidak sanggup melihat satu-satunya zuriat cinta abang dan arwah kakak iparnya musnah.
Neal terlalu mentah dan belum bersedia untuk menerima cinta seperti ini.
Walaupun ini bermaksud yang dia terpaksa membuat keputusan untuk Neal, tanpa persetujuannya.
" Ya, Neal, memang tiada kegembiraan tetapi... semuanya akan jadi lebih baik."
Dia mencucuk bahu Neal dengan jarum yang disembunyikan di tangan kirinya .
" Neal, kamu masih mentah dan tidak nampak keburukan Alisya dalam hidup kamu, keluarga kamu, orang sekeliling kamu."
" Saya tidak boleh kehilangan Alisya." kata Neal, memegang lengannya.
Dia mengangguk. Dia jelas akan hal itu, lihatlah apa yang berlaku bila Neal kehilangan Alisya? Segalanya musnah! Tetapi dia cuma ingin membantu Neal, walaupun jika buat masa ini, Neal tidak faham..
Walaupun, kemungkinan terdapat kesan lain pada diri Neal selepas itu tindakannya ini,bak kata Neal, tiada kegembiraan dan kosong.
Tetapi hanya dengan cara ini, dia dapat membantu Neal. Tiada pilihan lain lagi.
" Perasaan itu, kamu tak mungkin kehilangannya.... " pujuknya sambil memegang dada Neal.
" Tetapi buat masa ini, untuk kebaikan kamu dan mereka yang masih di sisi kamu, kamu akan lupakannya, perasaan itu dan semuanya tentang Alisya."
Neal ingin membantah, tetapi matanya terlalu berat. Rasa mengantuk menguasai tubuhnya.
" Alisya, dia akan jadi cebisan kisah silam yang tidak akan kamu ingati buat masa ini." katanya lagi sambil mengeluarkan jam randik yang bertali.
Dia pernah melakukan beberapa hipnosis pada pesakitnya. Walaupun kesannya bukan untuk selamanya, tetapi cukup sehingga Neal mencapai usia dewasa dan sudah matang untuk memahami.
"Maafkan makcik. Tetapi, satu hari nanti, bila kamu ingat kembali semua ini, makcik pasti kamu akan membuat pilihan yang betul."
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...