part 37

488 15 1
                                    

Alisa membasahkan muka dengan air paip yang mengalir.  Kemudian, sambil mengelap air di muka, dia merenung dirinya di depan cermin.  Dia benci melihat dirinya dan wajahnya yang serius setiap kali memori lama itu mengintai ingatannya. 

Alisa keluar dari bilik airnya. Dia berjalan ke arah dua orang jururawat yang menanti.  Doktor peribadinya dan ayahnya turut berada di situ.

" Alisa princess, Alisa baru jer sihat. Kena rest banyak-banyak, usah bergerak sangat." kata ayahnya sambil memapah dia kembali ke katil. 

Sebaik dia berbaring, doktor peribadinya-Dr Jarneet menyukat suhu badannya. Dia menjalankan rutin sebagai doktor dan setelah pasti semuanya normal, dia dan jururawatnya keluar dari kamar Alisa. 

" Daddy dah tahu kat mana Neal sekarang?" tanya Alisa, sebaik sahaja mereka berdua ditinggalkan berduaan. 

" Hmm..." 

Dato' Adzhar mengeluh lemah, serba salah untuk memberitahu Alisa. Lebih-lebih lagi Alisa baru sahaja sihat dari demam yang panjang.

" Daddy, please..." rayu Alisa.

"Emm... Baiklah. Daddy tahu."

" Really? Mana daddy? Neal di mana?"kata Alisa teruja. 

" Tapi Alisa perlu janji yang selagi doktor belum pastikan yang Alisa betul-betul sihat, Alisa tidak boleh pergi jumpa Neal ok?

" Ok, I promise." 

Akur Alisa walaupun dia sudah tidak sabar untuk berjumpa Neal. Dia sangat rindukan Neal.  

Dato Adzhar mencium dahi anak tunggal kesayangannya ini.

" I love you.I will do anything for you." kata Dato' Adzhar. Dia mencium dahi anak tunggal kesayangannya ini. 

" I love you too." balas Alisa.

Dato' Adzhar keluar dari biliknya. 

Bersendirian, sekali lagi Alisa teringatkan Neal.

 Addiction? 

Alisa mengetap bibir. Hatinya rasa tidak senang setiap kali teringatkan hal lama yang sudah bertahun-tahun itu.  

Dahulu, dia tidak faham maksud Neal.  Dia tidak pernah ambil kisah pasalnya. Ia tidak bermakna apa-apa ketika itu. Dan mereka tidak pernah mengungkit tentang perkara itu lagi.

Tetapi Alisa sentiasa tahu ada sesuatu yang tidak kena. Sesuatu yang Neal sembunyikan darinya. Kerana... 

Addiction. 

Ia adalah ketagihan. Sesuatu yang diperlukan tetapi memudaratkan.   

Neal mengelarkan seseorang itu sebagai 'addiction' dan bukannya sebagai 'special' . 

Siapakah dia yang memudaratkan tetapi diperlukan Neal?    

Berat di hati Alisa, mengatakan kehilangan Neal berkaitan dengan itu.

.

.

.

.

" Jadi, jika saya beritahu yang nama awak mengingatkan saya pada seseorang,  adakah awak akan sukakan saya lagi? "

" Siapa 'seseorang' itu?"

" My addiction." 

Alisa diam lama, berfikir, terfikir... tertanya-tanya untuk membuat keputusan. Tetapi Neal tidak menanti jawapannya. Dia mengusap kepala Alisa, lembut dan tenang bagai seorang abang pada adik. Tanpa perasaan lebih dari itu. 

Saat Neal melangkah pergi, Alisa masih lagi membatu. Dia tidak pasti apa maksud Neal.

Tetapi yang jelas,  dia dapat rasakan yang dirinya  sudah hampir mengenali, mendekati dan mungkin memiliki Neal. 

Jadi...peluang ini... 

"  Saya akan hentikan addiction itu!" laung Alisa. 

Langkah  kaki Neal terhenti.

"Jadi, bolehkah awak mencintai saya?" tutur Alisa 


Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now