▶ Bab 5 ◀

3.8K 551 28
                                        

Aku mengemop lantai dengan sisa kudrat yang berbaki beberapa peratus sahaja. Seharian aku berkampung di kafe yang beroperasi 24 jam ini. Terpaksa bekerja lebih masa kerana kesilapan aku tadi. Badan aku dah mula nak bermanja-manja. Malas je rasa nak bekerja.

Tapi disebabkan hukuman tadi, aku gagahkan juga tubuh ni untuk bergerak. Selesai mengemop, aku bawa peralatan yang aku gunakan tadi ke belakang. Kemudian aku duduk sekejap melepaskan lelah.

Bila waktu malam, tak ramai yang bertugas. Hanya tiga pekerja sahaja. Aku dan dua orang lelaki. Tetapi mereka dengan hal mereka. Aku dengan hal aku. Aku tak tergerak hati hendak bermesra sebab mereka akan jauhkan diri.

Ding dong!

Aku angkat kepala. Dari jauh lagi aku dah nampak pintu kafe ternganga sedikit, menyentuh halus loceng sensitif itu.

Aku berdiri. Nampaknya tak ada sesiapa yang rela hati mengambil pesanan. Aku seorang yang tercongok di sini. Jadi aku terus mencapai penutup hidung dan mulut, sangkutkan tali getah pada kiri dan kanan telinga. Apron aku betulkan sebelum keluar dari dapur.

Tubuh seorang lelaki yang sedang duduk di meja hujung penjuru kafe aku dekati.

"Selamat malam, encik. Nak minum apa?" Soal aku sambil letakkan menu di atas meja. Lelaki itu angkat kepala. Tiba-tiba dia berdiri. Terkebelakang aku dibuatnya.

"Awak okey ke, Lee Soyoung? Saya minta maaf pasal tengah hari tadi." Aku tergamam sekejap. Atas bawah aku memandang lelaki ini dengan perasaan hairan.

"Err.. apa.. apa maksud, encik? Saya..."

"Saya lelaki tengah hari tadi. Meja yang awak tertumpahkan air tu."

"Benda dah lepas dah, encik. Tak payah bahas lagi. Encik nak minum air apa?"

"Saya tahu saya salah. Kalau saya explain awal-awal yang awak tak sengaja, supervisor awak takkan marah awak macam tadi." Aku melangkah menjauhi dia. Dia... pelik. Aku rasa tak selamat.

"Kalau encik rasa nak datang sini semata-mata nak cakap pasal tu, tak payahlah. Saya tak berminat." Kata aku. Agak kurang ajar sikit tapi aku tak peduli. Aku tak ada masa nak dapatkan perhatian daripada lelaki ni.

"Lagipun saya tak kenal awak, encik." Sambung aku lagi. Dia nampak mengalah. Dia cuba nak dekatkan diri dengan aku semula tapi aku rasa tak selamat. Terus aku lari ke belakang. Aku sorokkan diri di sebalik dinding konkrit itu.

Jantung aku laju berlari. Aku tak pernah macam ni. Tapi setiap butir bicara yang keluar dari mulut dia seperti membuaikan aku. Tak pernah ada orang macam dia layan aku sebaik tu. Aku rasa.. dia orang pertama.

Tapi apa motif dia?

Bersambung...

Suka saya nak bagitahu yang Baekhyun dalam cerita ni sangat romantik tahap tak boleh bincang. Dia tak macam watak-watak biasa yang dingin, keras kepala, tak romantik. Kali ni, anggaplah dia macam Romeo, anggaplah dia macam Edward dalam cerita Twilight, anggaplah dia macam Jack dalam Titanic. Even dia marah pun tak melenting. Bayangkan.. suami syurga tu. HAHAHAHHAHAHHA. Stay tune!

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang