Drtt.. drtt...
Drtt.. drtt...
Aku terganggu. Bunyi telefon bimbit Baekhyun di atas meja lampu tidur bilik kami dari tadi bergegar. Tapi Baekhyun masih tidur beralaskan bantal yang sama dengan aku.
Aku celikkan mata. Ya, dia masih tidur. Perlahan-lahan tangan aku naik menepuk bahu dia yang terdedah.
"Abang..."
Senyap. Tiada balasan.
"Baekhyun.. telefon awak bunyi." Baekhyun bergerak sedikit. Dia makin ketatkan pelukan pada pinggang aku. Aku berdecit perlahan.
"Abang.. jawablah call awak tu." Aku bersuara lagi sambil tepuk pipi Baekhyun. Terdengar dia berdecit kasar. Geram agaknya.
Baekhyun pusingkan tubuh dan mencapai telefon bimbitnya. Aku biarkan. Pejamkan mata semula dan biarkan Baekhyun uruskan halnya. Tiba-tiba, aku terasa bahu aku disentuh dan pipi aku sebelah kiri dicium. Segera aku buka mata.
"Abang kena keluar sekarang." Katanya. Terus terbeliak mata aku.
"What? Pukul 3 pagi. Nak buat apa keluar?"
"I have something urgent yang abang kena settlekan. Nanti abang bagitahu bila dah selesai." Kata Baekhyun. Aku tak sempat nak bersuara lebih, dia lempar gebar ke tepi dan sarungkan terus selipar tidurnya untuk bersiap.
"Take care yourself, abang." Dia mengangguk. Baju T shirt Polo disarungkan ke tubuh. Seluar pendek berganti dengan seluar jeans gelap. Aku duduk. Perhatikan Baekhyun yang betul-betul nampak kelam-kabut. Tertanya-tanya juga, tapi aku tak nak kacau dulu. Biar semuanya selesai barulah aku akan tanya.
"Bye." Aku pejam mata apabila Baekhyun cium aku dan pergi terus ke pintu bilik. Aku tarik nafas panjang. Semoga perjalanannya selamat dan baik-baik sahaja.
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)