▶ Bab 88 ◀

3.1K 357 5
                                        

Baekhyun jejakkan kaki juga ke dalam rumah agam ibu kandungnya dengan hati dan jiwa yang kosong. Dia menonong masuk dan duduk di ruang tamu seperti tetamu asing.

"Baekhyun! Anak ibu.." berlari Puan Dahyun mendapatkan lelaki ini. Tetapi Baekhyun tetap diam dan bereaksi biasa. Seakan-akan suara itu langsung tidak wujud dalam pemikirannya.

"Sayang..."

"Let's talk. Saya tak ada masa." Kata Baekhyun apabila terasa tubuhnya dipeluk. Dia kaku tidak memandang Puan Dahyun yang berubah wajah selepas mendapat reaksi negatif dari anak lelakinya ini.

"Baekhyun, ibu nak minta maaf. Ibu berdendam dengan keluarga Soyoung selama ni sampaikan ibu rasa... macam menyesal sangat. Ibu menyesal sebab buat Soyoung dengan Hyun macam ni. Salah ibu, sayang. Memang salah ibu." Kesal nada suara Puan Dahyun. Berkerut wajahnya menahan air mata. Baekhyun pula mengeluh.

"Benda dah lepas, ibu menyesal sekarang pun dah tak guna. Dia bencikan Hyun." Kata Baekhyun. Suaranya dah mula berubah perlahan dan mendayu.

"Dia dah tak macam dulu. Dia lain sangat, ibu. Kalau bukan sebab ibu dengan Helena, dia takkan jadi macam tu. Tak.."

"Maafkan ibu, sayang. Ibu salah."

Baekhyun berdiri laju. Tiba-tiba. Terlepas genggaman tangan Puan Dahyun pada tangannya.

"Minta maaf dengan Soyoung. Hyun nak ibu sendiri datang berjumpa dengan dia, minta maaf dengan dia. Dendam ibu tu tebal sangat tembok dia. Jangan sampai melarat, jangan sampai Soyoung keras hati juga. Masa tu hati Hyun dah mati, bu. Dah tak ada nyawa. Dan masa tu, jangan menyesal kalau ibu hilang Hyun buat kali kedua."

Terus Baekhyun keluar dari rumah agam ibunya ini dan pergi.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang