Baekhyun ketap gigi rapat melihat kertas-kertas soalan ujian bulanan pelajarnya dalam subjek Physical Chemistry 2. Semuanya memuaskan, cuma yang membuatkan dia mengetap gigi kegeraman sekarang ini adalah kertas soalan Helena.
Pantas tangan Baekhyun mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Helena pantas didail.
"Helo, Dr."
"Datang ke bilik saya sekarang." Arah Baekhyun dengan suara tegasnya. Helena senyap seketika di talian.
"Saya ada class sekejap lagi ni, Dr. Kalau..."
"I said now."
Baekhyun terus matikan panggilan. Dia hentak telefon di atas meja sebelum mengurut dahi yang terasa berat dan pening. 20 minit menunggu, akhirnya pintu bilik Baekhyun diketuk dari luar.
"Masuk!"
Pintu terkuak dari luar menayangkan wajah Helena yang tidak bersalah itu. Bersahaja menyedut minuman dalam cawan tanpa mempedulikan wajah tegang Baekhyun.
"Sekarang, jelaskan pada saya, awak buat apa masa exam last week?" Soal Baekhyun sambil melemparkan buku jawapan Helena di atas meja. Helena nampak tidak terkejut. Malah dia tersenyum.
"Kenapa awak main-mainkan kertas ujian ni, Helena? Ni subjek awak. Kalau gagal, awak kena repeat tahu tak?"
"Saya frust Dr. dah kahwin. Gagal lebih elok kalau nak dibandingkan dengan rasa sakit hati saya." Katanya tanpa rasa bersalah. Helena duduk di atas kerusi di hadapan Baekhyun. Merenung wajah lelaki itu dalam-dalam.
"Apa awak cakap ni, Helena? Kan saya dah cakap, saya.."
"Saya cintakan Dr."
Terdiam Baekhyun. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Kenapa Dr. kena kahwin dengan perempuan tu eah? Apa yang istimewa sangat dengan dia? Sampaikan saya yang jauh lebih sempurna ni tak mampu nak menangi hati Dr.?" Soal Helena dalam nada yang separuh kecewa dan separuh mengejek. Panas telinga Baekhyun dibuatnya. Ditenung tajam wajah Helena. Tapi dia sedar, dia perlu profesional dan tidak terburu-buru.
"Helena, awak tak berhak nak menilai diri awak sendiri. Mungkin pada mata awak, awak sempurna. Tapi tak pada mata saya. Jangan mempertikaikan perkahwinan saya, ya." Amaran Baekhyun menyerap masuk ke dalam telinga Helena. Dia mendengus.
"Sebab dia tak setaraf dengan Dr.! Dia tak layak!"
"Diam."
"Dah memang betul. Nak buat macam mana? Kawan saya datang majlis perkahwinan Dr. semalam pun cakap, isteri kesayangan Dr. tu cantik sebab make up. Kalau tak, dah macam nenek kebayan dah agaknya."
"Cukup, Helena!"
Helena terhincut sedikit bahunya kerana terkejut. Dia genggam penumbuk erat sebelum melangkah laju keluar dari bilik ini. Baekhyun menenangkan hati yang tengah panas. Sungguh, terasa berapi-api badannya dibakar oleh kata-kata Helena.
Bersambung...
YOU ARE READING
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanficAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...