▶ Bab 72 ◀

3K 329 7
                                        

Hari demi hari berlalu begitu sahaja dengan cepat. Tetapi langsung tiada perubahan yang berlaku dekat aku. Cuma itulah, aku makin rasa tak selesa, makin rasa rindu yang membuak-buak tiba-tiba dekat Baekhyun. Sejujurnya, aku memang tak boleh lupakan Baekhyun. Hampir dua minggu kami berpisah, tapi aku tak tahu apa-apa berita pun tentang dia. Apa dia buat, sihat ke tidak, aku tak tahu.

Cuma, sepanjang aku ada dekat rumah Hazel, aku tolong Hazel jaga Haerin memandangkan Hazel seorang juru solek profesional. Jadi dia perlu selalu ke sana ke mari untuk memberikan sentuhan ajaibnya kepada semua model dan artis terkenal. Hidup Haerin dah serasi dengan aku.

Tubuh Haerin yang meniarap di atas lantai aku dukung sebelum tiarapkan atas badan aku. Kepalanya aku letakkan atas dada aku dengan punggung berlampin itu aku tampung dengan tangan. Agak menghimpit perut juga tapi aku tak rasa apa-apa yang menyakitkan.

Haerin terlalu megnantuk. Perlahan-lahan belakang tubuhnya aku tepuk dan usap perlahan-lahan. Mata aku memandang TV. Tapi hakikatnya aku termenung.

Kalaulah Baekhyun ada dengan aku… dan kalaulah aku tahu semua ni akan jadi, aku takkan kahwin dengan Baekhyun. Aku tak nak dia kecewa bila tahu hal sebenar. Tapi yakin ke dia takkan tahu? Aku rasa dia dah pun tahu. Sebab tu dia langsung tak muncul depan mata aku.

Biarlah. Aku lebih selesa macam ni tanpa ada gangguan daripada dia. Aku tak rasa sakit dekat hati.

Ding dong!

Ding dong!

Kepala aku tertoleh ke pintu rumah. Siapa pula ni? Mustahil Hazel sebab dia mesti akan masuk terus selepas bunyikan loceng. Taehyung? Kalau dia nak balik, dia akan bagitahu sebab dia ada rumah lain. Ini cuma rumah persinggahannya sahaja.
Aku tetap juga bangun dari lantai, dukung tubuh Haerin dan berjalan perlahan mendekati pintu. Tombol pintu aku pulas.

“Selamat tengah hari, puan.”

“Ya, selamat tengah hari.”

“Ini ada kiriman bunga daripada seseorang untuk puan.” Kata seorang penghantar bunga sambil menghulurkan aku sejambak bunga mawar merah dah putih. Terkial-kial aku nak memegang sebab tengah dukung Haerin.

“Dari siapa ya?”

“Dia tak nak saya bagitahu. Dia kata, puan akan tahu.” Katanya. Terus aku rasa tak sedap hati. Siapa pula yang gatal-gatal nak bagi aku bunga ni?

“Kalau macam tu, saya tak nak terimalah. Manalah tahu kalau dalam tu ada bom ke apa.” Kata aku selamba sambil menghulurkan semula jambakan bunga ni. Tapi penghantar bunga tu dah menggeleng.

“Jangan, puan. Ni amanah. Puan kena terima juga. Saya tak boleh ambil semula bunga ni.”

“Saya tak nak. Saya…”

“Tanda tangan kat sini.” Aku terkedu sekejap apabila tangan aku dicapai untuk menandatangi perakuan penerimaan barang. Terpaksa juga aku turunkan tanda tangan.

“Terima kasih.”

“Kalau saya mati kena bunuh sebab bunga ni, saya saman awak masa saya jadi hantu nanti.” Kata aku. Dia ketawa mengekek.

“Saya jamin puan takkan jatuh sakit.” Yakin betul ayatnya. Aku bawa jambakan bunga tu dan masuk ke dalam rumah semula. Aku perhatikan isi dalamnya. Ada kad kecil. Aku ambil dan baca.

Love.

Tu? Itu je?

"Siapa ni?" Hairan aku dibuatnya. Malas hendak melayan lebih, aku letakkan semua itu di atas kabinet dan biarkan. Salah orang agaknya.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang