▶ Bab 15 ◀

3.4K 443 50
                                        

Pagi-pagi lagi, aku dah dikejutkan dengan bunyi enjin kereta orang. Aku masih enak mengulit atas tilam walaupun dah pukul 10 pagi. Terasa malas nak bangkit dari tempat tidur. Hari ini cuti, jadi inilah masanya aku bermanja-manja dengan katil dan bantal.

Aku bangun dari katil juga. Kalau bukan kerana bunyi enjin kereta tu, dah lama aku hanyut balik dengan mimpi. Mimpikan Baekhyun ke.. eh?

Mask aku pakai dan terus keluar dari bilik. Tombol pintu aku pulas.

"Good morning, dear." Tersenyum simpul aku dibuatnya. Tapi disebabkan ada mask, jadi tak kantoi aku tengah senyum.

"Mana ada morning lagi dah ni. Dah nak tengah hari." Aku meluaskan pintu rumah untuk bagi ruang kepada Baekhyun masuk. Termasuk hari ni, dah dua kali Baekhyun masuk dalam. Hari tu, dia datang sebab nak bagi aku ubat hilang parut. Ternganga aku dibuatnya. Beli saiz besar, dan jenis yang paling mahal! Terpaksalah aku terima walaupun pada awalnya aku menolak keras. Dia ugut kasar. Tak guna.

Kali ni aku tak pasti dia datang sebab apa. Lagipun aku dah tak kisah dia nak datang. Aku suka. Taklah aku rasa sunyi.

"Tak sihat eah? Bangun lambat." Soalnya. Spontan tangan Baekhyun naik atas dahi aku. Aku berdecit.

"Tak demamlah. Saja bangun lambat. Malas nak bangun awal. Bukan ada apa pun." Baekhyun ketawa kecil. Aku rapatkan daun pintu dan dapatkan dia. Baekhyun duduk di atas lantai yang cuma beralaskan dengan tikar nipis. Sejuk. Rumah ni memang tak ada aksesori. Bilik cuma satu, TV pun tak ada. Hidup aku memang boleh dikatakan sebagai daif.

"Saya ada." Canda Baekhyun. Aku sembunyikan senyum. Baekhyun sengih. Tangannya memegang satu beg kertas putih yang menarik perhatian aku dari tadi. Cuma aku tak nak ganggu. Mungkin bukan urusan aku.

"Muka macam mana? Dah okey sikit?" Tangan Baekhyun naik memegang mask aku dan perlahan-lahan dia tanggalkan. Aku tak menjawab sebab dia dah buka sendiri.

"Dah nampakkan?" Aku menyoal. Dia teliti memerhatikan parut aku yang mula mengecut. Aku baru gunakan ubat tu dalam seminggu. Tapi perubahan yang berlaku sangat mengejutkan.

"Kalau saya pegang macam ni, awak boleh rasa ke?" Soal Baekhyun sambil mengusik-ngusik parut pipi aku. Aku terus angguk.

"Saya rasa. Sel saya tak mati lagi."

"Semalam saya jumpa personal doctor saya, dia cakap, awak boleh sembuh sepenuhnya kalau buat surgery." Aku tergamam buat sesaat. Mendengar perkataan 'doktor' pun aku dah ngeri. Lagikan pembedahan.

"Saya takut."

"Kalau takut, macam mana nak sihat?"

"Saya sihatlah. Siapa cakap saya sakit?" Aku jeling dia. Baekhyun menggeleng halus sebelum hidung aku dicuitnya.

"Degil." Aku berdecit kecil sambil alihkan kepala dari menghadap Baekhyun.

"Saya tak nak susahkan awak. Awakkan lecterur. Awak mesti busy."

"Saya sanggup cancel semua class saya demi awak." Katanya. Aku tak mampu membalas apa-apa. Hanya mampu senyum dan diam. Baekhyun memang suka cakap ayat-ayat manis macam tu!

Baekhyun ambil beg kertas putih tadi sebelum hulurkan depan aku. Aku naikkan kening.

"Apa?"

"Bukalah."

Aku mengeluh pendek. Melihat Baekhyun dah tersenyum lain macam, aku rasa takut pula.

"Apa ni, Baekhyun? Ada bom ke?" Soal aku.

"Bukan, sayang. Bukalah dulu."

"Awak ni..." aku geram. Rasa nak sorok muka bawah bantal bila dia panggil aku macam tu. Dah tak payah tunggu sebulan, seminggu pun aku dah rasa cair meleleh.

Aku pegang juga beg kertas tu dan keluarkan isi dalamnya. Ada satu kotak berwarna putih. Aku pusingkan kotak tersebut untuk melihat tulisan yang tertulis.

"Baekhyun..." Aku pandang sekali lagi kotak putih itu yang tertulis 'iPhone8 Plus' pada kotak. Kemudian aku pandang Baekhyun. Dia mengangguk sambil tersenyum.

"Jangan cakap tak nak, jangan cakap awak tak boleh terima, jangan cakap apa-apa. Telefon tu memang saya belikan untuk awak, saya nak awak guna untuk saya. Boleh?" Aku hilang ayat. Rasa bersalah. Aku letakkan kotak tu dan merangkak mendekati Baekhyun.

"Baekhyun... saya... saya tak naklah awak buat macam ni. Saya..." aku hilang ayat. Aku pegang tangannya. Berani bertindak untuk menegakkan benang yang basah.

"Guna je, ya? Saya tak boleh nak jaga awak dari jauh kalau tak ada benda ni. At least kalau saya ada kursus, saya tahu awak dekat mana, buat apa, okey ke tak." Kata Baekhyun. Dia masih lagi senyum dan terus menyengih lebar bila aku tak menjawab apa-apa.

"Awak boleh beli yang lebih murah dari ni."

Baekhyun menggeleng.

"Ni dah murah. Nak murah lagi, pakai sekejap dah tak boleh guna." Katanya. Selamba. Terbeliak sekejap mata aku. Jenama Apple ni dia kata murah?! Gaji aku pun tak mampu nak beli. Dia lainlah, pensyarah. Belajar tinggi pula tu.

Tetapi apapun, aku bersyukur kerana dikurniakan lelaki seperti dia.

"Terima kasih, Baekhyun." Sebab berikan saya erti kebahagiaan yang sebenar.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang