"Saya tak tahu apa masalah awak, tapi tolonglah, jangan campur urusan peribadi dengan kerja. Saya tak nak rating institut pengajian kita untuk subjek awak ni menurun!" Baekhyun diam apabila dia dimarahi oleh ketuanya tentang masalah rating kecemerlangan subjek untuk bulan ini. Wajahnya nampak tertekan, sugul dan tidak bermaya. Baru seminggu naik kerja, dia sudah terkejar-kejar untuk selesaikan banyak perkara.
Itu belum masuk lagi soal Soyoung. Dia terpaksa ketepikan hal itu dulu semata-mata untuk urusan kerja.
"Dr., awak tak pernah jatuh macam ni. Awak sentiasa jadi pensyarah cemerlang. Cemerlang dalam semua bidang. Saya faham, awak pun ada masalah tapi tolong, jangan campur adukkan urusan kerja dengan peribadi." Kata ketuanya lagi. Nafas panjang ditarik sebelum dia kembali duduk di atas kerusi kulitnya.
"Saya minta maaf. Saya tahu ini silap saya." Hanya itu yang Baekhyun mampu ucapkan. Kepala ketuanya mengangguk kecil.
"Ambil masa, Dr. Byun. Universiti ni masih perlukan awak." Bahu Baekhyun ditepuknya. Baekhyun angguk. Dia faham. Sekilas tangan ketuanya dijabat beserta ucapan pamit. Baekhyun beredar. Nafas panjang berkali-kali dihela.
Dalam fikiran Baekhyun bermacam-macam perkara terbias. Fikir tentang kerja, tentang prestasinya, tentang hubungannya bersama Puan Dahyun dan yang paling penting, bersama Soyoung.
Dia berniat hendak menjumpai Soyoung sekejap lagi di kondo Hazel dan Taehyung. Dia perlu berikan penjelasan. Memang langsung tiada khabar tentang isterinya itu selepas kejadian tidak disengajakan itu terjadi.
Sampai di biliknya, Baekhyun terus mencapai telefon. Nombor telefon Taehyung didail. Berkali-kali dicuba tapi tak berangkat. Mungkin oncall. Baekhyun dah tertarik nafas lagi sekali. Lebih panjang dan penuh berharap agar lelaki itu sebenarnya oncall, bukan sengaja hendak memisahkannya dengan Soyoung.
Kali ini nombor telefon Hazel pula didail. Sekejap sahaja bunyi tut tut, terus terangkat.
"Helo, Hazel."
"Helo. Hazel keluar. Dia terlupa nak bawa handphone. Siapa ni ya?"
Baekhyun tergamam. Suara itu...
"Sayang..."
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)