▶ Bab 62 ◀

3.4K 317 12
                                        

Aku rasa tak selesa. Sejak sampai di bilik hotel ni, aku rasa macam nakkan Baekhyun ada dekat sebelah aku. Aku nakkan dia. Aku rindukan dia tiba-tiba. Tapi Baekhyun sekarang ada dekat bilik mesyuarat dengan semua anggota-anggotanya. Aku tahankan rasa keinginan yang tiba-tiba sahaja menyerang. Bongok betul. Tak pernah aku rasa terdesak sampai macam ni.

Aku capai telefon, aku cari nombor Baekhyun kemudian aku dail. Aku pejam mata, tangan mula nak tanggalkan baju sendiri. Aku dah kenapa ni?!

"Helo."

"Abang lama lagi ke?" Aku menyoalnya dalam nada berbisik dan separuh tersekat. Baekhyun menggumam dalam talian. Dengar dia menggumam pun dah mampu merangsangkan seluruh minda dan tubuh aku.

Aku betul-betul nakkan Baekhyun!

"5 minit lagi abang siap. Kenapa?"

"Lamanya.." terlepas keluhan berat aku. Aku pejam mata, lepaskan telefon atas lantai beralaskan karpet dan pejam mata. Kawal diri, tarik nafas, hilangkan rasa nafsu yang datang membuak secara tiba-tiba.

Dalam beberapa minit aku legakan hati. Walaupun susah, tapi aku berjaya kurangkan sikit. Tapi masih rasa tak selesa pada badan.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi pintu bilik aku dibuka. Cepat-cepat aku bangun dari katil dan berlari dapatkan badan Baekhyun. Aku peluk Baekhyun erat.

Jelas, Baekhyun terkaku depan pintu. Aku dengar jantungnya laju berdegup.

"Kenap awak tak pakai baju ni?" Rasa merah padam muka aku ketika ini. Tapi aku tak kira. Aku betul-betul rasa hilang arah.

"Abang..." aku menyeru Baekhyun sambil mencium-cium sekitar dada dan lehernya. Sumpah, aku tak tahu kenapa. Ini bukan hasil makan mana-mana jenis dadah. Tapi ini semula jadi! Keinginan tubuh badan aku sendiri.

"Hei, hei. Sayang, look at me." Baekhyun dongakkan muka aku memandangnya. Aku pandang Baekhyun. Baekhyun nampak hairan tapi mata dia aku perhatikan dalam. Ya, dia mula terpengaruh dengan godaan bodoh aku.

"Kenapa ni? Hmm? Tiba-tiba je." Aku menggeleng.

"Tak tahu. Tapi saya.. saya nak abang. Abang tolong.. puaskan saya." Aku leka dan mula terbuai dengan belaian Baekhyun selepas itu. Aku dengar bibirnya mengeluarkan bisikan-bisikan perlahan pada telinga aku. Penuh cinta dan nafsu.

Ini bukan godaan Baekhyun. Tapi ini godaan aku. Godaan seorang Lee Soyoung yang pelik dan memelikkan.

Bersambung...

Maaf atas ketidaksucian ini. Ahahahahahha. Bab lepas ni pun berjaga-jaga. Mereka dirty talk sikit. Kalau tak selesa, sila skip.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang