"Hoi, ada orang cari kau kat luar. Pergi sana." Aku tersentak buat sesaat. Cawan yang berbaki aku habiskan cuci sebelum susun di dalam rak. Aku tanggalkan sarung tangan getah berwarna merah jambu itu dan mula melangkah keluar dari ruangan dapur. Tertanya juga, siapa yang mencari.
"Siapa cari saya?" Soal aku kepada salah seorang rakan sekerja. Dia tunjukkan satu susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di luar kafe. Lelaki itu sedang berdiri membelakangkan aku. Aku tak nampak macam mana rupa bentuk muka dia. Tapi aku rasa macam pernah tengok.
Dengan rasa yang curiga, aku keluar dari kafe. Aku betulkan apron pada pinggang sebelum memeluk tubuh.
"Encik cari saya ke?" Aku mula menyapa. Dia menoleh.
"Ya, saya cari awak."
Aku tergamam. Terkejut. Dah seminggu berlalu.. dan dia masih tunjuk muka kat sini?
"Apa.. apa encik buat kat sini? Nak buat apa jumpa saya?" Aku mula mengundur setapak untuk menjauhi dia. Tapi tiba-tiba aku rasa macam terdengar loceng basikal dari arah kanan.
"Soyoung watch out!" Kedua belah tangan aku ditarik dan basikal tadi tak jadi hendak merempuh aku. Yang aku rempuh sekarang tubuh lelaki ini.
"Encik nak apa ni?" Aku lepaskan tangan dari genggamannya. Dia lepaskan. Cuma dia tak lepas dari memandang aku yang membuatkan aku rasa tak selesa.
"Saya Byun Baekhyun."
"Saya tak tanya nama. Saya tanya, encik nak apa?" Aku betulkan kefahaman dia. Tapi dia cuma senyum dan ketawa kecil. Manis senyuman tu, tapi langsung tak menenangkan hati aku.
"Saya nak awak. Boleh?" Dia cuba bercanda. Tapi aku tak mampu nak ketawa. Aku diam, memeluk tubuh memandang ke tempat lain. Sedar dengan tingkah laku aku, dia mengeluh pendek. Bahu aku tiba-tiba dipegang. Sekali lagi aku mengeras.
"Saya cuma nak pastikan awak okey." Aku diam. Merenung wajah Baekhyun yang macam tak boleh dibagi muka ini. Aku tolak tangannya dari bahu aku.
"Kita tak ada kaitan, encik. Saya tak ada kaitan dengan awak, awak tak kenal pun saya. Jadi ada apa-apa yang jadi dekat saya, tak ada kaitan langsung dengan awak. Faham, Encik Byun?"
"Saya lebih suka awak panggil saya Hyun."
Menganga aku dibuatnya. Kepala aku tergeleng kecil. Tak faham.
"Kalau encik nak datang sini semata-mata nak cuba buang masa saya, lupakan. Saya tak ada masa nak dibuang-buang."
"Okey, okey saya minta maaf."
Aku dan Baekhyun diam beberapa saat selepas itu.
"Dah tak ada apa-apa nak cakapkan? Saya masuk dul..."
"Boleh saya kenal awak?" Aku tak jadi nak melangkah. Aku memandang Baekhyun.
"Kenapa nak kenal saya?" Soal aku. Aku betulkan penutup hidung dan mulut yang menyenget akibat ditiup angin.
"Sebab saya rasa nak kenal awak." Aku mendengus. Lelaki. Semua sama je. Aku pusingkan tubuh untuk beredar.
"Saya ikhlas nak kenal dengan awak. Saya tak macam lelaki lain." Seakan dia mendengar aku mengutuknya dalam hati. Aku kembali mengeraskan badan. Aku dapat rasa Baekhyun dekat dengan aku sehingga belakang tubuh aku rasa terlindung dengan tubuh badannya.
"Petang nanti saya jumpa awak lagi. Saya jemput awak balik. Okey?" Aku cuma diam tidak memberi jawapan. Sebab aku tahu...
"...dia cuma nak main-main."
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)