▶ Bab 3 ◀

3.8K 536 25
                                    

"Hei, kau ni memang menyusahkan aku tahu tak? Dari awal kau nak kerja sini, aku dah agak dah mesti kau ni pembawa malang kat kafe ni. Sekarang kau tengok, semua orang nampak tadi. Kau tak malu ke, hah? Orang tengok muka hodoh kau ni. Tak malu?" Aku cuma mampu diam walaupun hati aku rasa bagai disiat-siat. Muka aku berbahang menahan pelbagai rasa. Senyuman sinis dari rakan-rakan sekerja aku semakin membakar rasa itu.

"Maafkan saya, Kak Hana. Saya tak sengaja. Tangan saya licin."

"Licin? Alasan! Hei, minggu lepas kau jatuhkan budak kecil sampai lebam kaki dia! Bodoh sangat otak tu! Letaklah tanda yang lantai tu baru dicuci. Hari ni pula, kau tumpahkan air. Kau memang tak guna eah?" Kepala aku ditunjal-tunjalnya. Aku tahan dengan hati yang sabar. Aku teguh berdiri walaupun aku rasa belakang tubuh aku bagai ditolak-tolak oleh pekerja lain.

"Sekarang, aku nak kau kerja lebih masa. Seminggu ni. Aku potong gaji kau. Pandai-pandailah kau hidup. Dan kau dilarang berhenti kerja. Faham?" Aku mengangguk akur tanda faham. Kak Hana terus berlalu dan mengarahkan semuanya kembali bekerja. Aku tahan air mata. Rasa sedih dan terpaksa untuk menerima lagi dugaan ini.

Aku ke belakang untuk mengambil mop. Ketika aku melewati kawasan itu, tak putus-putus ucapan 'khas' yang aku terima.

"Pembawa sial."

"Hodoh. Bodoh pula tu."

"Perempuan tak tahu malu."

Macam-macam. Dan semuanya datang dari celah bibir rakan-rakan sekerja aku yang bertugas sebagai pencuci. Aku cuma diam dan buat kerja aku apa yang perlu aku lakukan. Sebab aku yakin, caci maki inilah yang menjadikan aku lebih semangat untuk terus hidup walaupun hakikatnya, aku seperti dilanda perasaan sebak dan hiba.

"Tak apa, Soyoung. Kau boleh. Kau boleh buat semua ni."

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now