▶ Bah 64 ◀

3.5K 322 15
                                        

Hari terakhir Baekhyun kursus dekat sini, aku ambil keputusan untuk jalan sorang-sorang dekat kawasan tempat peranginan ini. Dah terbiasa sendirian, jadi aku tak kisah.

Aku makan aiskrim, main pasir, main air pantai sorang-sorang. Seronok jugalah sebab rasa macam orang bujang.

"Soyoung." Aku menoleh ke belakang apabila terasa nama aku dipanggil. Terkedu aku.

"Hel.. Helena. What are you doing here?" Soal aku, spontan. Helena tersenyum sinis. Dia mendekati aku.

"Ikut kau, dengan Baekhyun."

"Hah? Bukan kau..."

"Ya, aku tak boleh join sebab ada kursus lain. Tapi do I care? Baekhyun saudara aku. Dia, dan aku lebih jauh dari seorang pelajar dan pensyarah." Aku diam memandang bentangan laut. Lain macam bunyi nada suara Helena.

"Kau tahu tak, dulu kau siapa?" Soal Helena. Aku telan liur dan mengangguk.

"Aku sedar siapa aku."

"Kau rasa kau layak ke terus jadi Mrs. Byun sampai bila-bila? Kau layak?" Soal Helena. Kening aku berkerut. Tak faham.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya macam tu?"

"Kau tak mampu jawab soalan akukan? Sebab kau ragu-ragu dengan diri kau sendiri. Kau tak mampu jadi Mrs. Byun sampai mati. Buktinya, kau tak yakin." Kata Helena. Tangan dan kaki aku bergeletar tiba-tiba. Rasa macam nak layangkan penampar pada muka Helena. Tapi aku sabarkan diri.

"Aku isteri dia. Hanya dia yang tahu apa perasaan aku sebenarnya."

"Kau anak Lee Seon dengan Lee Sungjae kan?"

"Macam.. macam mana kau tahu?"

Helena ketawa kecil. Kepalanya tergeleng.

"Kesian ibu dengan Baekhyun. Tertipu dengan kau hidup-hidup. Dengan lakonan busuk kau ni."

"Apa maksud kau ni? Hah?"

"Kalau kau nak tahu, kaulah budak perempuan yang ibu simbah asid dulu. Ibu kau ada skandal dengan papa Baekhyun sampai Baekhyun hilang papa dia masa kecil! Ibu kau mengendeng suami orang! Anak dengan mak, sama je! Murah!"

PANG!

Bergeletar terus tangan aku selepas menampar pipi Helena. Tertumpah air mata aku dibuatnya dengan kenyataan yang baru dilepaskan oleh Helena tadi.

"Jaga mulut kau, Helena."

Helena ketawa besar. Sinis. Dia memegang pipinya yang merah akibat ditampar oleh aku.

"Sorry.. ibu dah tahu pun pasal ni. Dan dia tengah menunggu menantu kesayangannya ni datang menghadap dia." Kata Helena. Terus laju air mata aku. Aku rasa bingung. Rasa tak percaya.

"Kalau Baekhyun tahu.. kau rasa apa dia akan buat erk? Ceraikan kau? Atau..."

"Jangan bagitahu dia." Aku seka air mata. Cuba sentuh lengan Helena untuk merayu. Tapi Helena menggeleng dan menjauhi aku.

"Aku akan bagitahu dia."

"Jangan, Helena. Aku merayu. Aku tak nak dia kecewa, aku tak nak dia sedih."

"Jadi, tinggalkan dia."

Aku kaku. Aku pandang Helena dalam-dalam. Wajah Baekhyun yang tersenyum mula berlayar pada muka aku.

"Aku.. aku tak boleh. Aku cintakan dia."

"Kau yakin ke cinta tu mampu bertahan? Baekhyun mesti terasa hati dengan kau. Sebab ibu kaulah penyebab dia hilang papa."

Lutut aku terasa lemah. Lembik kaki aku dibuatnya. Dugaan apa ni? Betulkah apa yang Helena katakan? Ibu aku sendiri... dengan papa Baekhyun? Aku.. aku tak tahu tentang tu. Jadi aku sebenarnya ada seorang adik yang tinggal di Syurga? Jadi akulah budak perempuan yang disimbah asid oleh seorang wanita? Ibu Baekhyun yang simbah asid tu?

Kenapa aku baru tahu semua ni?!

"Dari mana kau tahu semua ni, Helena?" Aku masih tak puas hati. Helena memeluk tubuh. Aku setia menanti jawapannya.

"Dulu, ada orang ambil kau untuk diletak kat rumah anak-anak yatim. Pemilik rumah anak yatim tu, mummy aku. Hannah Julian." Bertakung terus air mata aku. Aku terduduk.

"Aku tahu semuanya dari mummy aku."

"Jangan bagitahu semua ni dekat Baekhyun."

"Boleh. Tapi dengan satu syarat."

Aku ketap bibir. Aku pejam mata. Mengalir air mata aku. Aku dalam dilema. Aku tak nak Baekhyun tahu sebab aku tak nak tengok reaksi dia. Tapi aku... aku sayang dia.

"Apa dia syaratnya?"

"Tinggalkan Baekhyun. Jangan muncul depan dia lagi."

Aku kaku.

Mampukah aku?

Bersambung...

Faham tak jalan cerita dia? Ke pening2 lalat?

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang