▶ Bab 41 ◀

3.1K 382 3
                                        

Aku betul-betul rasa sendirian dan keseorangan. Tangan aku dah dicucuk dengan pelbagai jenis jarum untuk memastikan aku boleh meneruskan proses yang seterusnya iaitu pembedahan.

"Suami you mana, madam? Untuk sign permission ni."

"Ermm.. dia outstation. Saya yang sign je boleh tak?" Soal aku kepada jururawat yang memiliki wajah seperti masyarakat India itu. Dia terus menghulurkan pen dan kertas yang perlu aku sahkan. Perlahan-lahan aku turunkannya.

"Dah."

"Okey. Lepas ni kita tunggu result air kencing you. Even kita dah buat last week but I risau kalau suddenly you pregnant. Kita tak boleh teruskan kalau terjadi apa-apa." Katanya lagi. Aku mengangguk.

10 minit menunggu, akhirnya seorang doktor masuk. Aku menanti dengan debaran di dada. Walaupun ini pembedahan muka, tapi sekiranya ada sesuatu dalam tubuh aku, ia boleh memudaratkan proses itu. Sebab itu aku tidak dibenarkan untuk mengandung dalam masa terdekat. Mungkin lepas pembedahan, muka aku betul-betul okey baru boleh ada anak.

"You sihat, madam. Semuanya okey and... bersedia?" Terus sejuk kaki dan tangan aku. Aku mengharapkan Baekhyun ada ketika ini tapi malangnya dia memang tiada. Memang mustahil dia akan datang.

"Ya. Saya bersedia."

Doktor itu tersenyum. Bahu aku disentuh lembut.

"Tak ada apa-apa yang perlu ditakutkan. Suami awak dah ugut saya awal-awal lagi. Kalau terjadi sesuatu dekat awak, saya mesti dicekik dulu." Tergelak aku dibuatnya. Hilang sekejap rasa nervous itu walaupun tak lama.

"Okey, tolak pesakit ke bilik pembedahan sekarang."

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang