▶ Bab 81 ◀

3.5K 367 65
                                    

Terbuka sahaja pintu kondominium ini, meluru Hazel bangun dan berlari mendapatkan suaminya, Kim Taehyung.

"Bi.. Soyoung."

"Kenapa, sayang?" Taehyung terus cemas apabila melihat wajahnya cemas. Diselak bangs Hazel yang menutupi bahagian dahinya. Pinggangnya yang dipeluk erat oleh Hazel, menjadikan Taehyung kaku sekejap di hadapan pintu.

"Soyoung.. dia..."

"Kenapa dengan dia?"

"Dia menangis balik tadi. Lepas tu sampai sekarang tak keluar-keluar. Saya takut kalau dia..." Hazel tak mampu habiskan ayat. Dia menolak tubuh Taehyung supaya ke bilik Hazel. Taehyung dah rasa lain macam.

"Soyoung, buka pintu ni." Taehyung ketuk. Tiada sahutan. Dia cuba lagi dan Hazel mula menekup mulut menahan tangis.

"Berapa lama dia berkurung?"

"Sejak pukul 8 setengah pagi tadi. Sampai sekarang." Taehyung dah ternganga luas. Wajah Hazel dipandang tegas.

"Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal? Dah 8 jam, sayang." Kata Taehyung. Cemas sungguh wajahnya. Dia mula rasa gabra. Hazel memegang tangannya.

"Sorry. Saya.. saya tak tahu nak buat apa. Dia balik, nangis-nangis. Saya tersalah cakap. Dia macam bergaduh dengan Baekhyun je, bi?" Taehyung mengeluh pendek.

"Dia salah faham. Baekhyun kena ugut dengan ibu dia sendiri. Sebab tu dia terpaksa buat Soyoung macam ni." Kata Taehyung. Hazel tekup mulut dengan tangan.

"Baekhyun cakap apa dekat Soyoung?"

"Baekhyun suruh Soyoung tinggalkan dia."

"What?!"

"Ya. Sebab nak jaga hati, Baekhyun terpaksa buat macam tu." Kata Taehyung. Hazel dah tak terkata. Dia termenung. Taehyung mula termenung. Dia terpaksa juga buat sesuatu walaupun cara ini salah. Dia terpaksa gunakan kunci pendua untuk buka pintu bilik ni.

"Sayang pergi ambil kunci pendua. Biar saya buka." Arah Taehyung. Hazel gigit bibir. Nampak bersalah.

"Bi... kunci hilang."

"Lahh.." Taehyung tepuk dahi. Dia terlupa. Kesemua kunci pendua dalam rumah ni hilang sejak rumah mereka dipecah masuk tahun lepas. Habis semua hilang termasuklah kunci pendua.

"Pecahkan jelah pintu ni. Saya takut jadi apa-apa dekat Soyoung. Dia mengandung." Kata Hazel. Taehyung mengangguk. Dia menyingsing lengan baju ke siku. Bersedia untuk memecah pintu bilik ini.

Satu.

Dua.

Tiga.

DUM!

Pintu terbuka. Mata Taehyung dan Hazel bulat tertumpu ke arah Soyoung.

"Soyoung!"

Bersambung...

Taehyung × Hazel ada fanfic sendiri tauu nanti. Setuju ke tak? Kalau tak nak, takpoo. Kalau nak, saya boleh buat! Hehehehe. Tapi masih dalam style yang samalah, 100 bab.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now