“Helena hampir kena rogol dengan kawan dia sendiri dekat dalam kereta. Kereta tu betul-betul sebelah kereta abang. So abang selamatkan dia, tapi abang tiba-tiba kena pelempang sebiji dari lelaki tu. Sebab tu lah jadi macam ni.” Aku melongo. Tidak percaya dengan penjelasan ringkas yang mampu mendiamkan aku buat beberapa saat ini. Wajah Baekhyun yang sedang menatap sama wajah aku, aku pandang tanpa berkelip.
“Saya tak tahu nak cakap apa.” Ya, aku tak tahu nak cakap apa sebab betul-betul tak tahu nak bersuara. Penjelasan tu memang dah cukup jelas walaupun ayatnya ringkas.
“Abang okey.”
“Helena okey ke?” Terlupa tentang Helena. Aku menyoal Baekhyun.
“Dia trauma.”
“Kesiannya.” Aku menarik nafas panjang. Terbayang wajah bongkak dan angkuh Helena bertukar keruh dan muram. Sentiasa terbayang kejadian buruk itu dalam minda.
“Abang dah ambil keputusan nak suruh dia postpone belajar dulu. Kalau dah asyik pengsan je bila nampak lelaki, nak buat macam mana.” Kata Baekhyun. Kening aku berkerut. Tak faham.
“Dia teruk sangat ke sampai jadi macam tu?” Baekhyun mengangguk. Tangannya tiba-tiba memegang tangan aku. Tapi entah kenapa aku tarik secara tiba-tiba.
“Jangan sentuh saya.” Tercengang Baekhyun. Aku pun sama ikut tercengang. Kenapa aku cakap macam tu?!
“Abang pegang je. Tak buat apa-apa pun.”
“Tak, saya terkejut. Helena yang kena, tapi saya rasa macam…” aku memandang Baekhyun. Baekhyun tahan sengih. Aku kecilkan mata. Dah dapat agak apa yang dia nak cuba cakap.
“Kitakan dah kahwin. Nak takut apa?” NAMPAK TAK?! AKU DAH KATA!
“Jangan gatal sangatlah, abang.” Tangan aku menolak bahunya menjauhi aku. Tapi dia makin merapat, makin mendekatkan tubuhnya ke arah aku menyebabkan aku yang berada dalam keadaan bersimpuh atas sofa tadi menampung tubuh sepenuhnya kepada Baekhyun. Lebih kurang macam menyandar.
“Abang dah bawa Helena pergi hospital tadi. Doktor sahkan, dia ada agraphobia.” Kata Baekhyun. Mata aku serta-merta membulat. Tak percaya.
“Terus boleh jadi macam tu ke? Agraphobia… takut kepada gangguan seksual. Kan?” Baekhyun mengangguk mengiyakan kata-kata aku. Aku terdiam lagi.
“Dan dia pun disahkan ada amaxophobia (takut berada di dalam kereta) dan ambulophobia (takut berjalan sendirian). Androphobia (takut terhadap lelaki) pun dia ada.” Aku pandang Baekhyun sekali lagi dengan riak wajah kurang percaya. Sebenarnya bukan kurang percaya, tapi memang tak percaya pun!
“Teruknya, banyak sangat fobia.”
“Helena tak boleh keluar dari hospital selagi dia tak kuatkan diri untuk jalani hidup-hidup dia macam biasa.” Kata Baekhyun lagi. Aku mengangguk kepala, faham.
“Kesian dia. Abang pun kesianlah. Dah tak ada siapa nak goda abang dekat kelas lagi nanti.” Kata aku sambil tersengih. Baekhyun terdiam. Aku ketawa kecil melihat riak wajahnya yang sukar untuk menerima kenyataan aku tu.
“Tak ada sesiapa yang boleh goda abang selain awak.” Peh! Cringe!
“Jangan cringe sangatlah. Saya geli.” Sungguh, geli-geleman tekak aku mendengar ayat-ayat manis dia. Walaupun dulu akulah yang pengsan sebab mendengar ayat-ayat tu sebab suka yang melampau, tapi sekarang aku rasa geli. Entah kenapa geli.
“Kenapa geli? Hmm?” Terkejut aku dibuatnya apabila Baekhyun tiba-tiba tekup muka dia pada pipi aku. Tanpa sengaja aku tertampar pipinya. Pecah ketawa. Aku bangun dari sofa dan jauhkan diri.
“Jangan dekat dengan saya.” Aku bagi amaran. Baekhyun duduk bersila atas sofa, pandang aku dengan sengihan.
“Kenapa abang tak boleh dekat dengan awak?”
“Sebab saya ada fobia juga.” Kali ni wajah Baekhyun hilang sengihan. Aku pun sama. Topik menjadi lebih serius dalam keadaan kami berjauhi beberapa langkah sahaja.
“Fobia? Awak fobia apa?”
“Saya fobia dengan Byun Baekhyun.” Merah pipi aku menyebut ayat tu. Dan sepantas kilat aku melangkah ke dapur dengan muka ditekup dengan tangan. Aku dengar Baekhyun gelak. DIA KETAWA JAHAT!
“Abang pun fobia dengan Byun Soyoung!” Argh! Tak gunanya! Dia kenakan aku semula. Aku kunci slidding door dapur ni supaya Baekhyun tak dapat masuk ke dalam! Sebelum jadi apa-apa yang membuatkan aku termuntah hijau, baik aku tenangkan diri di dapur dan makan. Aih.. tabahkan hati ini.
Bersambung…
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)