Rahang Baekhyun dah bergerak-gerak menahan amarah yang menggila dalam dada. Ditenung tajam Helena dan ibunya yang duduk di ruang tamu. Bagai nak tercabut jantungnya apabila mengetahui kehilangan Soyoung secara tiba-tiba. Memang bergeletar tubuh badan.
"Siapa suruh buat semua ni? Hmm?"
"Ibu. Ibu yang suruh dia jauhkan diri. Ibu yang suruh dia lari. Ibu yang suruh dia pergi."
"Tapi kenapa, bu?! Kenapa tiba-tiba?!"
"Baekhyun..." Helena bersuara. Baekhyun tajam memandang Helena.
"Apa?!"
"Kalau awak nak tahu, perempuan tu sebenarnya anak kepada perempuan yang rampas papa awak tu. Dialah orangnya. Dialah perempuan yang ibu simbah asid dulu." Baekhyun terus terdiam setelah mendengar perkara itu. Dipandang wajah Helena dan Puan Dahyun silih-berganti.
"Are you seriously?"
"Yes I'm serious!" Kata Helena. Puan Dahyun dah terdiam tidak berkata-kata kerana dia tahu, Baekhyun tak akan menyebelahinya.
"Masing-masing bodoh. Otak tu letak dekat lutut. Soyoung bukannya tahu apa-apa. Dia mangsa keadaan. How could you do this to her? Ibu, kalau dia tahu sekalipun, dia tak akan ungkit benda ni dah. Dia tak nak ingat semua tu lagi. Sepatutnya ibu yang rasa malu sebab simbah asid dekat muka dia dulu!"
"Baekhyun!"
"Apa?!"
Bergema rumah ini. Mata Baekhyun dah berkaca-kaca. Dia sangat perlukan dan rindukan Soyoung. Permata hatinya, cinta hatinya, jiwa dan nyawanya!
"Sekarang mana saya nak cari isteri saya? Mana saya nak cari separuh nyawa saya pergi?" Helena dan Puan Dahyun diam.
"See? I cannot imagine how you guys halau dia, tengking dia, marah dia macam orang gila sedangkan dia tak tahu apa-apa. Dan macam mana dia boleh keluar, balik sendiri without telling me about this?!" Baekhyun dah terduduk atas sofa sambil meraup wajah dengan telapak tangan. Nama Soyoung sentiasa meniti dalam hatinya. Kerap dan semakin kuat menjerit.
"Saya yang pergi jumpa dia sendiri tadi. I told her everything! Semuanya. Dia kena tahu dekat mana kedudukan dia dalam dunia ni, Baekhyun. Dia kena sedar semua kenyataan." Mencerlung terus pandangan mata Baekhyun ke arah Helena. Helena telan liur. Tidak pernah dia melihat Baekhyun serius begini.
"Kenapa buat macam tu?" Soal Baekhyun, perlahan.
"Siapa yang suruh buat macam tu?!"
"Baekhyun! Stop!" Puan Dahyun masuk campur.
Baekhyun pandang ibunya pula sebelum tertawa sinis. Kunci kereta dicapai, mula berdiri."Berseronoklah. Tenanglah. Tapi ibu kena ingat, saya akan cari isteri saya sampai dapat. Dan ibu akan menyesal sebab buat tindakan ni. Sebab mungkin saya tak akan balik dengan nyawa ada dalam jasad saya. Saya sayang Soyoung."
"Ceraikan dia, Baekhyun. Ibu tak nak anak perempuan yang pernah nak merampas suami ibu dulu bercampur darah dengan keturunan kita!"
Baekhyun tertawa sinis. Kepalanya menggeleng.
"I'll never do that."
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/138651021-288-k294738.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanfictionAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...