▶ Bab 79 ◀

3.1K 339 33
                                    

"Puas hati ibu sekarang?" Baekhyun menyoal dalam nada getar yang cukup menahan sabar. Puan Dahyun dan Helena berdiri di hadapannya. Masing-masing memandang dirinya yang sedang sakit.

"Puas hati ibu sebab tengok dia tinggalkan saya?"

"Cara itu je yang ibu boleh buat supaya dia tak datang lagi dekat dengan Hyun." Kata Puan Dahyun. Baekhyun ketawa merengus. Sinis. Kalau bukan kerana ugutan, dia takkan buat semua tu. Dia tak akan sakitkan hati Soyoung. Dia tak akan.. biarkan Soyoung tinggalkannya buat kali kedua.

"Cakap macam tu pada dia! Atau ibu sendiri yang cakap, tengking, maki hamun." Ya.. kerana itulah. Itu pun dia terpaksa. Ugutan ibu, kuasa ibu sangat kuat. Dia terlalu sayangkan Soyoung.

"Jadi kalau macam tu, ibu boleh keluarlah dari sini. Bawa perempuan ni sekali. Saya tak perlukan awak berdua." Kata Baekhyun. Puan Dahyun berubah sedikit.

"Apa Hyun cakap ni? Hyun nak cakap yang Hyun nak tinggalkan ibu pulak? Hmm?"

"Dulu siapa yang buang saya sebab empayar? Siapa yang tak mengaku saya anak sebab hal macam tu? You're so selfish." Kata Baekhyun.

"Semua ni untuk kebahagiaan kita, sayang. Ibu tak nak keturunan perempuan tu bercampur dengan kita. Ibu tak nak!" Berdesing telinga Baekhyun dibuatnya. Bergeletar bibirnya.

"Ibu cakap macam tu, sama je ibu hina saya. Saya, datang dari darah daging papa yang pernah bercinta dengan perempuan yang ibu benci tu. Kita berkait rapat, bu. Ibu masih nak tanam dendam ni? Hmm?"

Tiada jawapan dari Puan Dahyun. Wanita itu sedang ditenangkan oleh Helena. Pijar Baekhyun. Dua-dua sama je.

"Keluarlah, bu. Bagi saya ketenangan."

"Ibu tak akan buang kamu, Hyun. Ibu sayang kamu."

"Tak. Ibu tak sayang saya. Sebab tu ibu buat Soyoung bencikan saya. Saya.. saya dah penat. Saya letih." Kata Baekhyun dengan suara yang tenggelam timbul. Dia yakin sangat Soyoung kecewa. Dia takut sangat Soyoung marahkannya pula. Apa dia perlu buat?

"Ibu cuma nakkan bahagia je, Baekhyun. Susah sangat ke?"

"Habis bahagia saya?"

Puan Dahyun senyap lagi. Baekhyun baring. Dia pejamkan mata. Tak dipedulikan orang sekeliling. Hanya pejam mata dan matikan diri.

Dia perlu pulihkan semula keadaan dan meraih Soyoung semula setelah diperbodohkan tadi.

Bersambung...

Bukan salah Baekhyun. Minta maaf dekat dia cepat.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now