▶ Bab 73 ◀

3K 338 16
                                        

Baekhyun bersin tak berhenti sejak pagi tadi. Penuh isi hidungnya dengan cecair gatal yang mampu mengundang selesamanya semakin teruk. Mata berpinar, kepala berpusing. Hilang fokusnya untuk menyiapkan kerja.

Tuk! Tuk!

Baekhyun memandang pintu biliknya. Tangan melambai syruh masuk.

"Hai, Hyun. Kenapa tak join lunch tadi? Semua orang tanya awak tau." Soal Hyeri, rakan Baekhyun. Baekhyun diam buat seketika sambil memecit batang hidung dengan jari. Punyalah berdenyut sakit kepalanya. Tak terhingga!

"Saya tak sihat. Tak selesa. Selesama." Kata Baekhyun. Ternaik kening Hyeri.

"Lah.. macam mana boleh kena pula ni?"

"Wife saya pregnant. Mungkin terkena saya sekali." Kata Baekhyun. Yakin sekali bahawa kesihatannya terjejas kerana keadaan Soyoung yang berubah.

"Oh really?! Oh my God congrats." Ujar Hyeri dengan rasa teruja yang tak terhingga. Baekhyun diam, dia pejamkan mata. Rasa lain macam perut. Nak sendawa, nak muntah, nak batuk, nak bersin, nak terkentut pun sekali ada. Macam-macam! Terus betul.

"Kalau tak sihat, esok cutilah. Awak nampak pucat sangat ni." Kata Hyeri. Baekhyun menggeleng kecil.

"Esok ada exam. Saya tak boleh skip."

"Tapi kalau dah macam ni, takkan nak paksa?"

Baekhyun senyum dan angguk.

"I'm okay don't worry. Err.. saya nak baliklah. Nak berkemas sekejap." Faham akan isyarat Baekhyun, Hyeri terus bangun dari duduknya. Dia bergerak ke muka pintu.

"Saya keluar dulu. Ingat, kalau tak sihat jangan paksa diri datang esok." Pesan Hyeri. Baekhyun angguk. Dia mengemas meja-mejanya dengan kepala yang berpusing. Memang berpinar sungguh biji mata. Tapi dipaksa diri untuk mengemas juga.

Selesai menyiapkan segala barang dan keperluannya, Baekhyun angkat kaki keluar dari biliknya. Habis gegar satu lobi dengan bersin Baekhyun. Itu pun semua ramai yang memuji 'bersin Dr. pun macho!'

Sampai di kereta, Baekhyun hampir jatuh terjelepok. Kakinya lemah betul. Kepala dia terlalu berpusing sehingga mengundang gelodak perut untuk mengeluarkan muntah yang menghijau.

Pahit!

Perit!

Fikiran Baekhyun hanya perlukan seseorang. Kekuatannya hanya seseorang.

"Soyoung..."

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang