Aku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa?
Rasa dihargai.
Rasa disayangi.
Rasa di... dicintai.
Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
Aku keluar dari tandas dengan langkah kaki perlahan dan berhati-hati. Sebenarnya aku ngeri dan agak gayat sebab dinding bilik ni telus pemandangan langit sekeliling. Walaupun cantik, tapi aku rasa macam berdiri atas langit. Tersesat katil dekat tengah-tengah pula tu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kaki aku menapak ke katil. Labuhkan punggung di atas itu sambil mencapai ubat penghilang parut yang Baekhyun bagi dulu. Rasa macam rimas merenyam kesan-kesan parut tu sebab dilindung dengan pelbagai jenis alat solek.
Klek.
Aku terdengar pintu bilik terbuka. Aku pandang pintu dan tersenyum melihat Baekhyun masuk bilik dengan beberapa jenis fail pada tangan.
"Dah siap ke?" Soal aku apabila dia datang mendekati aku, baringkan badan atas katil dengan kepala bertenggek atas paha aku. Mata dia terpejam. Aku biarkan sambil menyapu ubat pada parut.
"Belum. Penatlah." Katanya. Aku senyum. Tutup bekas ubat dan letakkan ke tepi.
"Restlah. Tahulah esok kerja. Tapi kena berehat juga." Kata aku. Aku letakkan tangan atas dahi Baekhyun dan urut kawasan itu perlahan-lahan. Bibir dia tersenyum. Dia buka mata. Buat sesaat mata kami bertembung. Tapi aku alihkan dulu. Sebab tak mampu nak menampung rasa berdenyut jantung yang menggila.
"Sorry. Saya terpaksa kerja. Budak-budak dah start busy untuk target masing-masing. Saya tak boleh cuti lama sangat. Nanti diorang tak belajar." Kata Baekhyun. Aku sengih.
"Saya bukan garang. Saya tegas." Kata Baekhyun lagi. Aku mencebik. Aku sandarkan tubuh pada kepala katil. Tangan aku masih mengurut kepala Baekhyun.
"Yakah? Yakah tegas?"
"Kenapa? Tak percaya?"
Aku tak menjawab. Diam. Baekhyun pegang tangan aku tiba-tiba. Aku memandang dia. Dia duduk menghadap aku. Kami rapat. Aku perasan mata dia meliar menilik parut-parut pada pipi aku. Tangannya naik membelek.
"Sakit tak, sayang?"
Aku menggeleng. Berdebar aku dibuatnya.
"T.. tak." Tergagap pula! Rasa nak mencarut aku dibuatnya. Aku perasan yang Baekhyun makin dekatkan muka dia dekat aku. Makin aku biarkan, makin aku rasa deru nafas dia menampar muka aku. Aku tahu dia nak buat apa tapi aku tak boleh.
"Baekhyun! Jangan..." terus terhenti pergerakan dia. Aku pegang kedua belah bahu Baekhyun sambil menggeleng. Dia menundukkan kepala, pejam mata.
"Sorry."
Aku tersenyum kelat. Aku pegang kedua belah pipi dia dan angkat supaya memandang aku.
"Bukan saya halang, tapi fizikal saya. Muka saya pedih." Kata aku. Dia angguk dan senyum sebelum dahi aku dicium perlahan.
"Saya tunggu awak."
"Terima kasih sebab tunggu saya." Aku senyum lebar. Baekhyun faham aku. Dia memang betul-betul menyenangkan sampai aku rasa bersalah.
"Tidurlah. Esok kerja." Aku tepuk-tepuk bantal sebelah aku, menyuruh dia baring. Tapi dia cuma menggeleng kecil.
"Nantilah. Nak siapkan ni sekejap." Baekhyun jarakkan wajahnya semula. Dia capai fail semula dan buka depan aku. Sedikit sebanyak aku mula faham apa kerja dia. Bukan setakat mengajar pelajar-pelajar dia, tapi mengajar aku erti kasih sayang dan cinta. Sumpah, aku sayang dia.