▶ Bab 13 ◀

3.2K 448 19
                                        

Sejak kejadian hari tu, Baekhyun makin kerap datang ke tempat kerja aku. Kadang-kadang sampai aku rasa dia ada dekat mana-mana. Aku keluar buang sampah, aku nampak dia tengah tunggu lampu isyarat hijau, tapi dia pandang kafe .Aku tengah berehat, dia datang nak minum. Sampaikan waktu aku balik pun dia datang tepat pada masanya. Aku rasa betul-betul diperhatikan. 

Hari ni, macam biasa, giliran aku untuk balik lambat dan kerja lebih masa di kafe. Awal-awal lagi aku dah pesan kat dia, jangan ambil. Aku balik sendiri.

Pukul 10 malam, pelanggan masih ramai. Aku lepaskan lelah sekejap dekat belakang. Peluh di dahi aku kesat dengan belakang tangan. Baru selesa aku duduk, tiba-tiba Kak Hana datang meluru ke arah aku. Aku angkat muka ingin memandangnya. Tiba-tiba, dia mengangkat tangannya tinggi dan dihayun pada muka aku.

PANG!

Terdiam aku dibuatnya. Pipi aku yang berparut ditampar kuat sehingga mask tercabut dari muka aku. Aku terkedu buat seketika. 

"Hei, kau ni memang kurang ajarkan? Aku suruh kau hantar minuman tu dekat pelanggan nombor 10. Yang kau masih tercegat dekat sini dah kenapa?! Nak curi tulang?!" Herdiknya. Aku mengecilkan mata sambil memegang pipi yang rasa berdenyut-denyut.

"Itu sepatutnya Yeri yang letak. Dia dah pegang dah tadi. Takkan saya..."

"Hei! Asal kau tuduh aku, hah?! Kau ni tak sedar diri! Dahlah buruk! Menipu!" Aku diludah oleh Yeri. Terasa percikan air liur gadis itu mengena aku. Aku menunduk. Sarungkan kembali mask sebelum berdiri tegak dengan kaki bergeletar menahan rasa.

"Kau nak pergi mana?!" Tiba-tiba Kak Hana cekak rambut aku. Aku tahankan rasa sakit tanpa menahan tangannya. Yeri sudah tersenyum sinis sambil memeluk tubuh. Hampir semua pelanggan melihat aku sekarang kerana ada celah-celah yang boleh dilihat.

"Kerja kau tak siap lagi. Cuci cawan-cawan tu dulu." Kata Kak Hana sebelum aku ditariknya sehingga ke sinki. Bagai nak dihantuk kepala aku pada bibir sinki. Aku tahan air mata. Rasa sakit kepala dan pipi serentak bergabung.

"Kau takkan boleh balik selagi semua ni tak siap." Katanya sebelum berlari. Dan tanpa aku pedulikan lagi, aku cuci setiap satu cawan itu dengan hati yang sayu. Aku cuci laju sehingga habis. Kaki yang bergeletar aku tahankan. Parut yang tiba-tiba merenyam akibat menerima tamparan tadi aku biarkan.

Selesai sahaja mencuci, aku capai beg. Tanggalkan apron dan terus keluar melalui pintu depan. Sampai di kaki lima kedai, aku terlanggar  seseorang. Bahu aku tiba-tiba dipegang.

"Sorry. Say..."

"Soyoung, kenapa?"

Aku mendongak. Serta-merta air mata aku jatuh.

"Baekhyun.."

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang