▶ Bab 10 ◀

3.4K 471 20
                                        

Baekhyun merenung slaid pembentangan pelajarnya dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Sejujurnya, sedari tadi dia kurang fokus di dalam kelas. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

"Saya bukan macam perempuan lain, Encik Hyun. Saya cacat wajah."

Baekhyun teringatkan ayat sedih itu keluar dari bibir Soyoung. Agak tergamam juga pada mulanya. Ada kisah yang menggamit masa silam Soyoung. Tetapi dia tidak mahu bertanya terus lebih. Dia mahu diam dahulu sehingga ada masa yang sesuai untuk meluahkan.

"Dr. Hyun?"

Baekhyun terperanjat.

"Ya?" Baekhyun memandang empat orang pelajarnya yang tadi membuat pembentangan. Baekhyun mengelamun.

"Dr. okey ke? Tak sihat?" Soal salah seorang dari empat itu. Baekhyun mengangguk.

"Saya okey. Err.. perbaiki penjelasan awak tentang beberapa tajuk kecil. Lain semua okey. Saya suka. Tolong hantar ke email saya." Kata Baekhyun sebelum dia berdiri dari duduk di kerusi pelajar di hadapan sekali. Dia bergerak ke mejanya semula sementara pelajar-pelajar tadi mengambil tempat untuk beredar ke tempat masing-masing.

"Okay, class. Siapkan assignment yang saya dah bagi tadi. Pastikan lengkap minggu depan. Saya nak semak. Siapa meniru, siapa yang kosong, saya panggil. Faham?"

"Faham, Dr."

"Bagus. Kita bersurai."

Terus bising bilik kuliah ini setelah mendengar perkataan dari Baekhyun itu. Masing-masing mula mengemas barang-barang mereka dan keluar dari bilik kuliah.

Baekhyun masih bermalas-malas. Dia duduk sambil membelek telefon bimbit. Fikirnya kelas sudah kosong. Tetapi ada seorang lagi pelajarnya masih belum beredar.

"Dr. Hyun,"

"Yes, Helena. Ada apa?" Soal Baekhyun. Telefon terus disimpan, dia memandang Helena yang semakin hari semakin kerap mendekatinya apabila habis sahaja kelas. Bukan dia tidak suka, tapi cara Helena melayannya membuatkan dia rasa tidak selesa dan dipandang hairan oleh orang lain. Galau hati terasa.

"Dr. nampak macam tak fokus sejak pagi tadi. Something wrong ke?" Soal Helena. Dia mendekati pensyarahnya ini.

Baekhyun senyum tipis. Gelengan halus diberi.

"Saya okey je. Tak ada apa-apalah."

"Dr. tak suka ke saya belajar personal dengan dr.?" Soal Helena lagi. Baekhyun kerut dahi. Hairan.

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak sendiri yang nakkan?" Helena diam. Dia bermain dengan hujung rambutnya sendiri. Baekhyun mengeluh. Beg sandang disangkut pada bahu, fail subjek diangkat.

"Saya balik dulu. Awak balik naik apa ni?" Tanya Baekhyun, prihatin. Dalam diam Helena tersenyum simpul. Nampak sangat gembira apabila Baekhyun menanya.

"Balik sendiri. Naik teksi."

"Oh. Okey. Take care." Kata Baekhyun sebelum berlalu meninggalkan Helena. Wajah Helena yang tadinya gembira perlahan-lahan bertukar mendung dan cemberut. Terhentak-hentak kakinya kegeraman.

'Itu je?! Ingatkan nak tumpangkan aku ke apa. Susah betul nak dapatkan awak ni.'

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang