▶ Bab 76 ◀

3.1K 357 20
                                        

Sampai sahaja di hadapan wad Baekhyun, kaki aku macam lembik tak bermaya. Terpandang nama 'Byun Baekhyun' tertera di muka pintu bilik wad.

"Awak masuklah, akak nak pergi jumpa Taehyung sekejap." Aku mengangguk. Hazel senyum. Bahu aku diusap.

"Jangan rasa apa-apa. Kosongkan fikiran." Pesannya lagi. Aku angguk dan terus pulas tombol pintu wad Baekhyun. Aku masuk ke dalam dan jengukkan kepala sedikit. Baekhyun ada. Sedang berbaring. TV menyala.

Aku ketap bibir. Tiba-tiba beremosi. Aku tak pernah nampak Baekhyun macam ni. Terlantar, muka pucat, tak bermaya. Aku takut. Aku takut dia macam ni disebabkan aku.

Dengan nafas yang sukar, aku mendekatinya. Aku sentuh tangan Baekhyun. Dia tersentak. Matanya tercelik memandang aku dengan mata tidak percaya.

"Abang.." aku serunya. Dia diam buat seketika. Tangannya yang aku pegang tadi, ditarik dan disorokkan masuk ke dalam selimut. Bibir aku dah bergetar. Aku sedih dengan reaksinya.

"Dah lama ke sampai?" Soal Baekhyun. Soalannya tegak dan dingin. Aku telan liur dan ketap gigi. Tak nak menangis atau teresak apabila bersuara.

"Ba.. baru je. Abang kenapa? Demam?" Aku cuba sentuh dahi Baekhyun, tapi dia tiba-tiba alihkan kepala, tanda tak mahu disentuh. Aku terus rasa diserang takut dan sedih. Inilah yang aku takutkan. Inilah yang aku ngerikan kalau bersemuka dengan Baekhyun.

"Jangan sentuh saya." Katanya. Aku menunduk. Jatuh satu air mata. Hati aku sakit. Macam dicarik-carik.

"Saya minta maaf sebab buat abang macam ni. Saya memang tak guna. Tinggalkan abang, buat abang sakit. Saya minta maaf. Saya tak berniat langsung." Aku seka air mata yang semakin laju menderu turun. Kaki aku dah mula nak lari dari katil Baekhyun.

Baekhyun senyap. Tapi dia duduk. Aku tahu dia pandang aku. Aku tak nak pandang dia.

"Kalau abang tak nak saya dekat sini, saya boleh keluar sekarang. Saya janji, lepas ni saya takkan datang lagi dah. Saya janji. Abang jaga diri tau. Abang jangan kuat kerja. Saya balik dulu." Aku pusingkan badan untuk beredar. Tapi langkah aku terhenti apabila badan aku dipeluk dari belakang.

Erat.

Ketat.

Hangat.

Muka Baekhyun terlekap pada celah leher aku, dengan tangan mendakap pinggang aku erat.

"Macam mana abang nak jaga diri kalau isteri abang tak ada?"

Aku tundukkan kepala. Teresak dengan reaksi mengejut dari Baekhyun. Aku rasa ada air hangat mengalir dari leher aku. Baekhyun menangis.

"Abang..." aku pusingkan tubuh menghadap Baekhyun. Aku pegang kedua belah pipinya. Panas, hangat. Memang dia demam.

"Kenapa buat abang macam ni? Kenapa lari dari abang? Apa salah abang? Kenapa hukum abang, sayang? Kenapa?"

"Shh.. abang tak sihat. Jangan nangis." Aku tarik kepalanya rapat ke dada aku. Aku pejam mata, usap belakang kepalanya perlahan. Terasa tangan Baekhyun peluk pinggang aku. Usap belakang tubuh aku yang semakin mengembang.

"Saya bukan hukum abang. Saya takut abang yang akan hukum saya. Saya tak sempurna macam abang sangka." Banjir wad ni dengan air mata aku. Bagaikan terlepas rasa rindu yang selama ni aku tanggung.

Pelukan longgar. Aku pandang muka Baekhyun yang kemerah-merahan. Aku seka air matanya.

"Abang tak pernah bencikan awak. Abang tak pernah rasa macam tu pun. Awak sempurna pada mata abang. Jangan sesekali anggap abang bencikan awak. Benda tu dah lepas. Dah jadi kisah silam dah pun." Aku peluk dia sekali lagi. Terasa perut aku berlaga dengan badannya. Betul-betul rasa lekuk tu pada tubuhnya.

"Abang cintakan awak, Soyoung. Jangan tinggalkan abang." Aku angguk dan senyum. Masih dalam keadaan berpelukan secara berdiri.

"Ya, saya tak tinggalkan abang."

Bersambung...

Hehehe saja nak kasi happy2 sikit tapi tak lama ah. Sekejap je.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang