▶ Bab 43 ◀

3.2K 240 2
                                    

Aku rasa muka aku berdenyut-denyut. Sakit, pedih, ngilu sehinggakan aku rasa macam nak menangis.

"Auw.." aku mengaduh kecil. Aku cuba angkat tangan untuk menyentuh pipi tapi aku rasa ada tangan yang menahan.

"Hei.. dah bangun?" Aku mengangkat kelopak mata dan itu dia.. suami aku.

"Baekhyun..."

"Hmm.. I'm here." Serta-merta aku rasa sebak bagai nak gila. Tiba-tiba je rasa macam nak menangis.

"Shhh.. don't cry. Nanti muka awak sakit. Awak baru je keluar bilil operation dua jam lepas. Jangan menangis." Kata Baekhyun. Dia cium dahi aku. Tapi aku tak peduli. Makin dia buat macam tu makin aku nak meraung.

"Saya ingatkan awak tak ada..." ya, aku sangkakan dia tak akan ke mari. Tapi bila aku buka mata, dia ada.

"Of course saya ada. Saya minta maaf. Lambat sangat uruskan Helena. Dia ada dekat hospital ni. Wad dia dekat tingkat bawah. Sekejap lagi saya kena hantar dia balik rumah. Lepas tu saya datang sini pula." Kata Baekhyun. Aku pejam mata. Aku pegang tangan dia. Erat.

"Kesian abang penat. Balik jelah. Tak payah tunggu. Saya boleh balik lepas seminggu. Lepas muka saya kering." Kata-kata aku mendapat gelengan darinya.

"Janganlah cakap macam tu. Abang okey."

"Muka tak cukup tidur, okey apa?" Selamba aku naikkan tangan dan tepuk pipi Baekhyun sekali. Dia senyum. Ya Tuhan, senyuman tu sangat menguatkan aku. Mula-mula aku rasa down sebab dia tak ada. Tapi sekarang aku rasa bahagia dan semangat semula. Kuatnya aura awak, Baekhyun.

"Sleep. Esok bangun, doktor nak check muka awak." Kata Baekhyun dan aku akur mengangguk. Apabila terdengar bibirnya seakan sedang miming lagu, aku tersengih kecil.

"Dah macam nak tidurkan budak kecil je! Janganlah. Shh." Aku tutup mulut Baekhyun dengan tangan. Dia ketawa dan mengangguk. Keadaan sunyi. Hanya bunyi TV sahaja. Lama-lama aku mengantuk dan tertidur.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now