▶ Bab 35 ◀

3K 389 23
                                        

Macam apa yang aku janjikan pagi tadi, aku akan sediakan makan malam Baekhyun dengan pelajar-pelajar dia malam ni. Baekhyun dekat bilik kerja dia. Aku dah nampak sibuk sangat dah dia tu. Macam-macam jenis kertas yang aku nampak tadi. Aku tak nak ganggu dia, jadi aku buat kerja aku. Aku sediakan bahan-bahan asas dulu. Baru nak mulakan menghiris bahan asas, tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng pintu lif.

Aku lepaskan pisau sebelum memakai mask. Laju kaki aku melangkah menuju ke lif. Satu punat aku tekan dan terus terbuka pintu lif itu. Tersenyum aku melihat beberapa orang pelajar Baekhyun. Ada dalam 6 orang. Tapi aku pernah nampak dua daripada 6 orang pelajar itu. Helena dan Jess.

"Masuklah. Dia ada dekat bilik kerja. Masuk dalam ni, ter..."

"Jom you all. Korang lupa ke yang aku pernah datang sini? Jom." Tercengang aku buat seketika. Helena mengetuai rombongan itu masuk ke dalam rumah ni. Aku perhatikan sahaja dengan jantung yang berdebar-debar. Aku telan liur. Biarlah mereka. Sekurang-kurangnya ada dua pelajar lelaki tadi senyum hormat dekat aku. Tapi Helena, Jess dan dua lagi rakan perempuannya tidak. Tak apalah. Aku dah biasa.

Cuma... aku agak terkejut tadi. Helena dah pernah datang sini?

Bersambung...

Conflict is begin. 

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang