Baekhyun dan pelajar-pelajarnya khusyuk berbincang. Mereka sesekali ketawa sakan. Mungkin sedang melayani kerenah dua pelajar lelaki ini. Salah seorangnya memang dilahirkan dengan perwatakan yang kelakar. Jung Hoseok namanya. Sampaikan rakan lelakinya, Park Jimin hilang nafas hendak ketawa.
"Dr." Panggil Hoseok. Baekhyun dan Helena yang sedang berbincang sesuatu memandang Hoseok.
"Ya, Seok?"
"Emm.. tadi saya nampak orang rumah Dr."
"Then?" Wajah Helena mula berubah. Terus rasa tak selesa dia hendak berbual mesra dengan Baekhyun apabila Hoseok masuk campur menganggu. Sehingga hilang fokus Baekhyun terhadapnya.
"Cantik. Even dia tutup muka." Kata Hoseok. Tersenyum muka dia. Baekhyun senyum juga. Tetapi senyum ada makna tersirat.
"Hati dia pun cantik, Seok. Kalau nak cari isteri, kenal hati budi dulu. Baru kahwin."
"Woahh sejak dah kahwin ni, Dr. dah pandai menasihat pasal cinta!" Sampuk Jess pula. Helena berdecit sambil menjeling. Jess tersengih kerang busuk. Terlupa pula akan muslihat awalnya untuk membuat Soyoung cemburu buta terhadap Baekhyun.
"Ada-ada jelah awak ni." Baekhyun menggeleng kecil. Dia menyambung fokus dengan kerjanya yang tertangguh tadi. Sesekali dia bercakap dengan pelajar yang lain.
"Ingat ya. Kursus tu minggu depan. Pastikan semua bersedia. Faham?"
"Faham, Dr." Jawab 6 orang pelajar ini. Baekhyun angguk. Dia mula mengemas mejanya yang berselerak. Helena terus sahaja berdiri. Membantu meringankan tangannya yang tak pernah ringan selama ini. Tergelak kecil Hoseok dibuatnya.
"Kau tak pernah ringan tulang sebelum ni, Lena. Tiba-tiba je rajin. Ada makna?" Soal Hoseok. Berubah terus muka Helena. Dia ketap gigi. Baekhyun sorokkan senyuman.
"Kena angin sasau dia tu agaknya, Seok." Terus satu bilik ini ketawa besar. Helena menganga kecil. Jess pun ketawa! Maknanya memang nampak lawak kelakuannya ini di depan mata semua orang.
Heh! Kurang ajar kau, Hoseok.
"Sebelum balik, lunch dekat sini dulu. Wife saya dah siapkan semuanya." Pesan Baekhyun. Semuanya mengangguk. Helena sudah tersenyum sendirian. Inilah masanya...
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
Fiksyen PeminatAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)