▶ Bab 33 ◀

3K 363 0
                                    

Aku rasa badan aku dah cukup menggigil sekarang ini. Sejuk dari tangan sampai kaki sebab aku akan dipanggil untuk menjalani pemeriksaan muka. Tapi pemeriksaan kali ni agak menakutkan. Kalau doktor kata muka aku dah boleh menjalani pembedahan, malam ni juga aku akan ditahan di wad. Esok atau lusa pembedahan akan dilakukan. Berkeras aku minta Baekhyun supaya tangguhkan. Tapi Baekhyun pujuk, dia 'jampi' aku macam-macam sampaikan aku rasa tak boleh nak halang lagi.

"Byun Soyoung!"

Itu dia! Haih.. aku tengok jururawat yang memanggil nama aku pun, aku dah gerun semacam. Memanglah lembut, memanglah cantik, tapi kelantangan dia, cara dia pandang aku macam aku nak larikan diri pula.

"Jom masuk." Baekhyun dah berdiri. Tangan aku dipegang. Aku ikut langkah kaki dia. Tapi baru beberapa langkah, aku terdengar telefon Baekhyun berbunyi. Ada panggilan masuk.

"Awak jawablah call. Saya masuk sorang. Manalah tahu panggilan penting."

Baekhyun pandang aku serba salah. Berkali-kali dia tengok skrin telefon. Aku nampak nama Helena. Tapi aku percayakan dia. Itu semua urusan pembelajaran.

"Masuk dulu tau." Aku mengangguk. Baekhyun jawab panggilan, aku masuk ke dalam bilik doktor. Lama juga aku berbincang dengan doktor. Selepas dia memeriksa semua kesihatan tubuh badan aku, aku akan jalani pembedahan minggu depan. Tapi masih belum ada tarikh yang khusus. Aku sengaja minta doktor lambatkan sikit sebab Baekhyun tak masuk-masuk. Risau juga aku.Tapi aku ambil positif saja. Mungkin dia masih sibuk.

"Okey, setakat ni tu je yang saya nak sampaikan. Tapi kalau dah ada tarikh khusus, terus inform saya ya? Awak boleh terus ditahan kat wad." Kata doktor muda ini. Aku senyum dan angguk. Senyum aku ikhlas. Tapi angguk aku macam tak berapa nak ikhlas. Aku bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu. Baru tangan aku nak menyentuh tombol, pintu terkuak dari luar.

"Dah siap ke?"

Aku angguk.

"Dah."

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now