▶ Bab 95 ◀

3.9K 359 19
                                        

Sebenarnya, dari awal pagi lagi aku dah rasa takut dan risau untuk menunggu hari malam. Kalau bukan hari ni hari untuk berjumpa semula dengan ibu, aku takkan terlalu takut dan gemuruh sehinggakan rasa tak tenang sepanjang masa.
Baekhyun pagi-pagi lagi dia dah keluar dari rumah. Dia cuma jamah sarapan pagi sikit dan terus pergi. Sibuk sangat nampaknya tu. Aku tak nak ganggu dengan soalan-soalan aku tentang malam ni, jadi aku diamkan sahaja.

10 pagi, 2 petang, 5 petang. Jam-jam itu aku lalui dengan memenuhi aktiviti yang boleh mengurangkan kegemuruhan aku dalam hati. Aku rasa jantung aku ada buat konsert sehati sejiwa sampaikan aku rasa nak termuntah pun ada. Aku tonton TV, tengok rancangan memasak dekat Youtube, hack account Instagram Baekhyun, kutuk dia dekat Twitter dan macam-macam. Tapi bila dah selesai buat semua tu, aku rasa makin takut dan bosan.

Sehinggalah jam 6 petang, baru aku tersedar Baekhyun tak balik-balik rumah. Kat luar cuaca agak mendung. Dari tadi aku takut sebab guruh dan kilat sambar menyambar. Salah satu keburukan duduk di penthouse ini adalah, aku terpaksa menjadi penonton untuk melihat langit sambar menyambar dan menurunkan hujan.

“Jalan jammed? Atau banyak kerja? Kalau tak mesti dia call dulu bagitahu.” Aku bermonolog sendirian. Aku berdiri, ke hulur ke hilir sambil memegang telefon bimbit untuk menanti panggilan dari Baekhyun. Tapi setengah jam aku menanti, langsung tiada apa-apa tanda yang Baekhyun akan pulang tak lama lagi. Hujan lebat, kilat sambung-menyambung. Hati aku betul-betul rasa tak sedap. Bukannya apa, sejak dia pulang hari tu dengan muka lebam, aku jadi semakin risau. Bimbang konco-konco itu datang semula dan menyerang Baekhyun sebab selamatkan Helena jadi mangsa bahamannya.

Aku terpaksa telefon Baekhyun juga. Aku bukan tak nak telefon, tapi aku risau kalau dia sibuk dan aku pulak menyibuk nak menganggu dia.

Tut...

Tut..

Tut...

Number you have dial...” aku berdecit kasar. Kali pertama, kali kedua sehinggalah kali ketiga aku cuba, suara tak sedap operator telefon juga yang menjawab. Hati aku semakin risau. Ke mana Baekhyun pergi sebenarnya?

Tiba-tiba, telefon aku bergetar menandakan ada mesej masuk. Aku buka mesej tersebut. Dari Baekhyun. Kelam-kabut aku membaca pesanannya.

“Sayang, abang tersekat dekat jammed. Awak ambil teksi, pergi rumah ibu dulu boleh? Abang call semula kalau ada apa-apa hal nanti. Jangan call abang tau. Bye. Love you.” Aku membaca semula pesanan itu dengan hati yang kembang kuncup. Aku dah agak! Baekhyun tersekat dekat kesesakan lalu lintas.

Kurang sikit rasa risau tu. Cuma rasa takut semakin bertambah apabila aku terpaksa pergi ke rumah ibu sendirian. Tanpa Baekhyun. Di sisi. Macam mana ni?

Aku tak nak susahkan Baekhyun, mengada-ngada sangat walaupun takut, jadi aku teguhkan hati untuk bersiap-siap. 10 minit selepas itu, aku siap. Aku biarkan lampu penthouse terbuka. Jadi aku keluar melalui lif sehinggalah tiba di lobi. Hujan semakin lebat. Tapi dari jauh lagi aku dah nampak sebuah teksi terparking elok dekat dengan bibir tangga bangunan ni. Kawasan situ memang ditutupkan dengan bumbung jadi aku takkan basah kalau ke sana.

“Selamat malam, encik.” Aku masuk ke dalam perut teksi.

“Selamat malam Mrs. Byun. Nak ke mana?” Buat sekian kalinya aku agak teruja. Pakcik ni tahu aku isteri Baekhyun?

“Pakcik tahu saya..”

“Baekhyun dah telefon saya suruh bawa puan ke rumah Puan Dahyun.” Aku terangguk faham. Kemudian aku senyum.

“Pakcik dah tahu saya nak ke mana, jadi itulah dia.” Aku ketawa. Pakcik itu ketawa juga. Keadaan agak janggal pada awalnya tapi aku dan pakcik ni berbual singkat sehingga menimbulkan rasa senang dalam hati aku.

20 minit berada di dalam teksi, kini aku sampai betul-betul di hadapan rumah ibu.

“Berhenti dekat sini jelah, pakcik. Saya boleh masuk sendiri.” Sedaya upaya aku cuba untuk menghalang tetapi teksi ini daripada masuk ke halaman rumah ibu yang pagarnya terus terbuka. Macam tahu-tahu je ibu aku nak datang. Semakin gemuruh jantung.

“Tak apa, ini arahan dari suami puan suruh hantar sampai ke dalam.” Kata pakcik itu. Aku tersenyum juga tapi dalam masa yang sama aku rasa ragu-ragu. Baekhyun pesan? Kenapa banyak sangat nama Baekhyun timbul dalam minda aku sekarang ni? Aku rasa tak sedap hati.

“Terima kasih.” Aku hulurkan duit sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Loceng rumah aku tekan sekali. Pintu rumah terbuka. Aku melangkah masuk ke dalam.

Okey. Janggal.

Mana semua orang? Mana ibu? Mana Makcik Soon dan Chaeyoung? Mana semuanya?!

“Ibu?” Aku memberanikan diri untuk memanggil walaupun jantung aku berdegup kencang. Aku takut kalau-kalau ibu datang dengan wajah bengis, halau aku dari sini. Mana aku nak pergi?!

“Makcik Soon! Chaeyoung!” Aku berjalan sehingga ke ruang tamu. Aku jerit menghala ke dapur. Tapi tetap tiada respon. Cuma apa yang menyebabkan bulu roma aku meremang, aku bersendirian di rumah ini.

Tak ada cara lain, aku terpaksa telefon Baekhyun. Aku keluarkan telefon dari beg tangan. Baru jari aku hendak menyentuh punat tengah telefon ini, tiba-tiba rumah gelap gelita. Telefon aku terus terjatuh dan telangkup atas permaidani akibat terkejut. Aku tak menjerit, cuma lutut aku lemah sahaja.

“Ibu! Makcik Soon! Chaeyoung! Soyoung dekat bawah ni!” Aku menjerit lagi. Aku menunduk untuk mengambil telefon yang masih menyala, tapi secara tiba-tiba aku terasa tubuh aku dipeluk dari belakang dengan agak kasar.

“Argh!!!” Tangan kasar itu memeluk pinggang aku sehingga aku rasa belakang tubuh aku melekat dengan tubuhnya. Aku meronta, mulut aku ditekup kuat. Aku tak mampu menjerit untuk meminta tolong.

Kaki aku lemah. Mata aku rasa berpinar dan basah dek air mata ketakutan. Belakang leher aku dicium-cium bertalu sehingga mengundang bunyi yang mampu melajukan air mata aku keluar. Tubuh aku dicempung dan dibawa ke satu tempat. Aku tak pasti di mana, tapi seakan-akan ke ruang tamu.

Fikiran aku mula memikirkan yang bukan-bukan. Kepala aku mula teringatkan kes-kes culik, kes bunuh dan rogol yang berleluasa. Aku takut aku menjadi salah seorang mangsanya.

Tiba-tiba...

PAP!

Lampu terang.

“Selamat hari jadi, sayang.”

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang