▶ Bab 53 ◀

3.2K 341 10
                                        

Malam. Aku dan Baekhyun masih belum balik lagi. Masih berada di rumah agam ibu yang tersergam indah ini. Ibu dah boleh mula berjalan sikit. Tapi apa yang mengejutkan, tadi ada dua tiga orang pekerja ibu datang ke rumah semata-mata untuk meminta tanda tangan kontrak dan surat-surat kebenaran. Penting peranan ibu dalam syarikat empayar keluarga ini.

“Abang,” aku duduk memeluk lutut sambil menghadapkan tubuh memandang Baekhyun. Kami di ruang tamu, duduk di sofa single. Baekhyun cari pasal, sibuk sangat nak menyelit tempat yang memang sempit macam ni.

“Hmm…” dia memandang aku.

“Kenapa awak tak nak tolong ibu?” Soal aku. Terus dahi Baekhyun berkerut.

“Tolong ibu? Tolong apa?”

Aku kemam bibir. Tengok reaksi tak faham dia pun aku dah rasa yang aku sebenarnya tersalah cakap dan dia nampak tak selesa.

“Soyoung?"

“Saya kesian tengok ibu kerja sorang-sorang, usahakan syarikat tu. Awakkan pewaris tunggal. Kenapa tak nak?”

“Saya suka mengajar. Tapi saya tak suka mengarah orang. Fahamkan?” Soalnya lagi. Aku mengangguk dan dia turut mengangguk. Kemudian aku dah tak tanya apa-apa lagi dah. Kami berdua fokus pada skrin TV. Walaupun aku dah tengok banyak kali rancangan ni, tapi aku suka. Entah apa tajuk rancangan tu, aku tak pasti.

Tiba-tiba, aku rasa seperti ada sepasang tangan sedang menyentuh bahagian pipi aku. Aku terkejut dan menoleh memandang Baekhyun.

“Kenapa?” Baekhyun diam dan meratakan setiap sentuhannya sehingga menaikkan bulu roma. Berdegup laju jantung dibuatnya. Betul, selama kahwin kami tak pernah bersama sebab nak mengelakkan ada sesuatu yang jadi kalau aku dibedah. Jadi sekarang aku rasa kekok bila dekat dengan Baekhyun. Kalau dulu dia boleh behave. Sekarang mungkin aku rasa tak lagi. Sebab.. dia boleh buat apa-apa je yang dia suka.

Sumpah seram.

“Abang… awak kenapa?” Aku menanya lagi sambil pegang tangan Baekhyun. Dia pejam mata sekejap sebelum senyum.

“Abang tergoda dengan awak.” Bagai nak terkeluar anak tekak dan biji mata aku sekarang ni.

“Diamlah.”

“Betul. Siapa suruh buat rambut macam ni?” Baekhyun urai rambut ikal mayang aku yang baru je aku buat siang tadi di bilik sendirian.

“Kenapa? Awak tak suka ke?”

“Tak suka. Hati saya tak tenang.” Katanya. Aku macam nak tersembur air liur mendengarnya. Tapi belum sempat aku nak membalas, suara ibu memanggil.

“Soyoung, Baekhyun…” aku dan Baekhyun sama-sama menoleh ke belakang. Cepat-cepat aku bangun dari sofa untuk mengelakkan sebarang kecaman dari Makcik Soon dan Chaeyoung yang sedari tadi tak habis-habis nak buat aku segan. Pantang Baekhyun dekat dengan aku, nak bermanja-manja, mulalah mereka ber’ehem’ kuat-kuat! Ingat aku tak tahulah tu yang diorang tengah menjengah aku dari dapur. Dengki!

“Ya, ibu.” Kami menjawab serentak. Aku dan ibu duduk di sofa berkembar dua sementara Baekhyun di sofa tadi.

“Kamu berdua nak balik juga ke malam ni?” Soal ibu. Aku terus pandang Baekhyun. Semua di atas tangannya. Aku tak kisah.

“Emm.. sebenarnya esok Hyun ada meeting. Memang tak boleh cuti.” Kata Baekhyun. Berhati-hati dia bercakap walaupun aku dah nampak wajah ibu bertukar mendung.

“Tidurlah sini malam ni. Sebab esok, ibu ingat nak buat majlis kecil-kecilan sikit. Nak jemput semua staf office, nak beritahu yang Baekhyun dah kahwin. Boleh?” Aku dah Baekhyun sama-sama terdiam. Terus jantung aku rasa berdebar sakan. Maknanya aku kena… hadap semua manusia esok?!

Tidak.

“Pasal tu, Hyun kena datang awallah esok.”

“Hah bolehkan! Lagipun rumah ni dah lama tak meriah dengan majlis-majlis.” Kata ibu.

“Hyun tak kisah. Tapi tak tahulah dia ni.” Katanya. Aku pulak?!

“Macam mana, Soyoung? Okey tak? Kalau okey, ibu nak order terus doorgift malam ni. Kita boleh siapkan apa-apa yang patut. Sebab majlis pun malam. Siang esok kita boleh siapkan cepat.” Kata ibu. Gembira wajahnya. Aku serba salah nak menolak tapi sejujurnya aku malu sangat kalau dah melibatkan majlis-majlis ni.

“Seganlah, bu. Saya tak biasa dengan majlis.” Terlepas juga kata hati aku tadi. Aku nampak Baekhyun dah sengih-sengih kambing. Eh sakit pula hati ni. Bukannya nak tolong cover! Dia tolong gelak.

“Lah, nak segan buat apa? Ibu takkan pasang stage  yang macam dekat mana-mana majlis grand tu. Ibu just bagitahu yang anak bujang sorang ni dah kahwin dengan Soyoung. Tu je. Then mungkin adalah yang nak berkenal-kenal. Why not, right?” Kata ibu. Aku memandang Baekhyun. Baekhyun mengangguk perlahan. Cuba menyakinkan aku.

“Okeylah kalau macam tu.”

“Okey! Kalau macam tu, ibu nak akan bagitahu semua orang pasal majlis ni. Hyun, bagitahu dekat Mummy Julian dengan Helena pasal ni ya? Takut diorang tak tahu pula.” Aku terus terdiam.

“Okey.” Jawab Baekhyun. Aku dan dia berpandangan buat sementara sebelum aku bangun dari sofa untuk ke dapur. Dan kali ni aku betul-betul percaya, Baekhyun ada hubungan lain dengan Helena. Bukan setakat pelajar-pensyarah, tapi bersaudara juga walaupun bukan saudara kandung.

Bersambung…

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang