Semakin lama, masa semakin pantas berlalu. Sekelip mata je aku dan Baekhyun dah kenal dua bulan lebih. Tapi setiap kali dia nak cakap pasal janji tu, aku halang. Aku belum bersedia. Aku belum nampak lagi apa yang aku nak walaupun sebemarnya aku buat-buat tak nampak. Aku tak sangka yang sebenarnya aku...
"Dah jatuh cinta."
"Apa dia?"
Aku kaku. Terdiam dalam kereta Audi hitam Baekhyun yang bergerak menuju ke hospital untuk jalani rawatan muka aku. Baru je mula minggu lepas. Itu pun Baekhyun yang tanggung.
"Hah? Mana ada cakap apa-apa." Aku ketap bibir. Tak sedar tercakap kuat. Nasib baik Baekhyun tak berapa dengar sangat.
"Sure tak cakap apa-apa?" Tanya Baekhyun lagi. Aku angguk lambat-lambat.
"Ya..." Baekhyun teruskan pemanduan.Tapi dalam hati aku dah menggerutu hebat. Rasa nak tepuk muka kuat-kuat sebab tak behave. Tahulah dah syok dekat Baekhyun tapi janganlah macam ni! Aish!
10 minit selepas itu, kereta Baekhyun dah masuk ke kawasan hospital. Jantung aku mula berdebar-debar. Rawatan ni dua kali seminggu. Tapi minggu lepas aku dah mengelak sekali sebab aku takut walaupun tak ada yang menyakitkan. Aku tak tahu kenapa tapi, masa sesi rawatan, Baekhyun tak dibenarkan masuk. Aku rasa kosong bila dia tak ada. Aku tak dapat nafikan hal tu.
Baekhyun tarik brek tangan. Aku ketap gigi. Tangannya segera aku capai. Jelas, Baekhyun nampak terkejut.
"Hei, kenapa ni?"
"Kalau tak nak pergi boleh?"
"Lahh dah kenapa? Dah sampaikan?" Soal Baekhyun, lembut sahaja suaranya. Aku kaku dibuatnya. Tercair sesaat tapi kembali beku lepas sesaat tu.
"Ya, tahu. Tapi saya takut."
"Nak takut apa, Soyoung? Doktor tu bukan makan orang."
"Ya, tapi saya rasa macam awak tinggalkan saya." Kata aku tanpa berlapik dengan suara sedikit menggigil. Terdiam Baekhyun dibuatnya. Aku dapat lihat anak mata lelaki tu memandang aku lama. Tangan aku dibalas genggaman.
"Baekhyun, saya rasa saya dah..."
"Jatuh cinta?"
Kali ni, aku pula yang terdiam. Di.. dia tahu?!
"Saya tahu." Kata Baekhyun, tiba-tiba. Aku cakap dalam hati pun dia dengar sampaikan aku speechless. Tak tahu nak cakap apa sebab terlalu terkejut dan bercampur malu.
"Saya cintakan awak, Soyoung." Aku tergamam sebeulum pejam mata rapat. Berdebar jantung aku dibuatnya.
"Saya betul-betul jatuh cinta dengan awak. Dengar macam pelikkan? Tapi ni hakikat. Hakikat yang saya tak boleh nak elak." Katanya lagi. Aku diam. Tak bercakap buat sementara sebab masih terkejut.
"Boleh saya tahu kenapa?" Kening Baekhyun bertaut mendengar soalan aku.
"Tahu kenapa apa?"
"Kenapa awak suka sangat dengan saya? Kenapa jatuh cinta dengan saya? Saya tak sempurna pun. Saya tak cantik." Kata aku. Baekhyun betulkan duduknya supaya kami saling menghadap.
"Sebab saya terpegun tengok awak masih mampu boleh berdiri tegak walaupun dicaci maki. Cuba kalau perempuan lain? Belum tentu dia macam awak." Kata Baekhyun.
"Itu je?"
Baekhyun tarik nafas panjang. Dia memegang kedua belah tangan aku. Semakin berdebar aku dibuatnya.
"Jujur, saya tak ada sebab kukuh. Tapi saya yakin, saya cintakan awak. Jadi lepas ni, jangan tanya soalan tu lagi. Saya tak mampu jawab." Kata Baekhyun, serius. Wajahnya nampak serius dengan kata-katanya. Aku pun sama serius. Tapi rasa nak tercabut tulang badan.
"Baekhyun..."
"Hmm?"
"Terima kasih... terima kasih sebab kenalkan saya semua perasaan yang selama ni saya tak pernah rasa." Aku senyum. Dia senyum juga dan mengangguk.
"My pleasure, dear."
Bersambung...
Sebenarnya saya pun tak ada sebab nak tulis kenapa Baekhyun suka gila dekat Soyoung hehehehe. Ni ff conteng, jadi kalau nampak laju sikit, tu maknanya saya nak laju. Ff ni banyak konflik jadi saya tak nak habiskan banyk masa untuk diorg time bujang. Nanti masa kahwin mungkin baru nampak sikitlah perjalanan hidup tu mcm mana.
YOU ARE READING
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanficAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...