▶ Bab 47 ◀

2.9K 371 3
                                    

"Anak ibu sihat?" Soal Puan Byun Dahyun Tubuhnya disandarkan pada kepala katil hospital. Baekhyun duduk di birai katil menghadap ibunya. Dia tersenyum sebelum mengangguk.

"Sihat je, bu. Macam nilah. Ibu pun dah boleh keluar sekejap lagi. Nanti Hyun call Pakcik Park suruh ambil." Kata Baekhyun. Tetapi Puan Dahyun menggeleng kecil. Tangannya menyentuh lengan Baekhyun lembut.

"Ibu nak anak ibu yang hantar. Hyun masih marah ibu ke? Masih tak dapat terima ibu?" Soal Puan Dahyun. Baekhyun tarik nafas panjang dan lepas.

"Luka lama tu masih berdarah, bu."

"Ibu tak sepatutnya paksa Hyun pegang jawatan CEO syarikat papa dulu. Sebab ibu tahu Hyun memang tak nak. Your passion is teaching. Tapi ibu paksa, sampaikan ibu buang anak kesayangan ibu ni." Kata Puan Dahyun dalam nada yang cukup sebak. Baekhyun berdehem kecil. Pipi Puan Dahyun diusap perlahan.

"Benda lama. Tak payah ingat lagi. Dah 3 tahun, bu. Lupakan jelah." Kata Baekhyun. Puan Dahyun menahan sebak. Dia menyentuh tangan Baekhyun dan dibawa ke atas ribaannya.

"Dah 26 tahun anak ibu. Maksudnya, dah 3 tahun kita berpisah. Kan?" Baekhyun mengangguk tanpa ragu.

"Hyun masih makan hati dengan ibu ke? Masih marah ibu?" Tanya Puan Dahyun. Baekhyun menggeleng, senyum.

"Tak. Hyun dah tak simpan apa-apa rasa lagi dah. Hyun nak kita berbaik semula." Kata Baekhyun sebelum dia tersenyum manis. Berubah wajah Puan Dahyun. Berdegup jantungnya berlari. Menandakan dia teruja dan terharu dalam masa yang sama.

"Anak ibu." Baekhyun ditarik ke dalam pelukannya. Terkeluar tangisan halus Puan Dahyun. Baekhyun membalas pelukan ibunya. Sayu. Dia rasa sayu juga dan sebak. Serta-merta rindunya bertamu.

"Ibu minta maaf, sayang. Ibu minta maaf."

"Dah, jangan minta maaf dengan Hyun."

"Tapi ibu salah. Ibu buang anak ibu."

"Tak. Ibu tak buang. Hyun sayang ibu." Kata Baekhyun. Sayu suasana hospital ini dibuatnya.

Puan Dahyun dan Baekhyun longgarkan pelukan. Wajah basah wanita 45 tahun ini diusap dengan tangannya. Terlakar senyuman bahagia pada wajah Puan Dahyun dan Baekhyun.

"Kita lupakan yang lama. Kita buka buku baru." Kata Baekhyun dan itu disambut anggukan Puan Dahyun.

"Ibu janji, ibu takkan sia-siakan anak ibu."

Baekhyun tersenyum. Dia rasa gembira walaupun sebelum ini dia telah berusaha untuk melupakan ibu kandungnya ini. Tetapi air dicincang tak akan putus. Rasa sayang itu tetap berkembang meski rasa sakit dan luka itu mencarik hati.

Drtt.. drtt..

Telefon Baekhyun bergetar. Tumpuan Baekhyun terus mengalihkan perhatiannya pada skrin telefon yang menyala pada kabinet sebelah katil Puan Dahyun.

"Sayang?" Soal Puan Dahyun sebelum dia memandang wajah Baekhyun. Baekhyun tersenyum. Dia mengangguk. Tangannya menaip membalas pesanan ringkas dari Soyoung yang menanya keadaan dirinya sama ada dalam keadaan baik atau tidak.

"Girlfriend?" Soal Puan Dahyun lagi. Baekhyun ketawa kecil. Dia meletakkan telefonnya semula di atas kabinet sebelum menyentuh tangan Puan Dahyun.

"Isteri."

"What?!" Hampir menjerit Puan Dahyun.

"Ya. Hyun dah kahwin." Kata Baekhyun sambil menayangkan tangan kirinya. Jari manis tersemat cincin perkahwinan yang terukir nama Lee Soyoung di situ.

Puan Dahyun tersenyum menganga tanda tidak percaya. Bahu Baekhyun diusap lembut.

"Anak ibu..." bergenang air mata Puan Dahyun. Baekhyun tertawa kecil. Dipeluk sekejap tubuh Puan Dahyun sebelum mencium dahi ibunya dengan lembut.

"Nanti Hyun bawa dia datang rumah jumpa ibu. Sekarang dia dekat rumah. Tak tahu pasal ibu. Sebab tu dia risau je kat rumah. Hyun keluar 3 pagi tadi." Kata Baekhyun sambil tersenyum. Laju Puan Dahyun mengangguk.

"Oh yakah? Kesian dia."

"Hyun akan bawa dia jumpa ibu nanti."

"Sure, sayang. Ibu nak kenal-kenal dengan menantu ibu." Baekhyun tertawa kecil melihat kesungguhan Puan Dahyun. Dia angguk. Pasti dia akan menemukan Soyoung dengan ibunya ini. Dia mahu bersatu lagi dengan ibunya ini setelah sekian lama terpisah.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now