▶Bab 84 ◀

3.3K 347 8
                                    

"Sayang..."

Aku tergamam. Suara ini...

"Soyoung, aban..." terus aku matikan talian dan letakkan semula telefon di atas meja. Kenapa aku angkat? Kenapa mesti bersuara lagi dengan dia?

"Apa dia nak lagi? Aku tak ada kena-mengena dengan dia lagi. Aku takkan berpaling. Dia yang minta aku tinggalkan dia."  Aku motivasikan diri, tarik nafas panjang dan duduk di dalam bilik. Bukan aku tak nak duduk di luar tapi aku rasa tak selamat. Aku rasa macam bila-bila masa je Baekhyun boleh telefon lagi.

Aku masih belum pulih. Aku masih rasa sakit dekat sini, hati. Mustahil aku boleh lupakan semua tu secepat ni.

Ding dong...

Ding dong...

Aku kepitkan tubuh rapat ke katil. Siapa tu?

"Soyoung!"

Hazel.

"Bilik!" Aku jerit semula. Aku bangun dari katil dan mendekat mendekati Hazel yang menjengah pintu bilik aku. Aku senyum kelat. Hazel pegang telefon bimbitnya.

"Akak tertinggal handphone. Ni, Soyoung kenapa macam nampak hantu ni? Hmm?" Soal Hazel hairan. Aku telan liur. Dah agak dah. Mesti muka aku muka cuak. Sampaikan Hazel pun boleh cam muka aku.

"Emm.. tak ada apa-apalah. Saya cuma... emm.. saya okey je."

"Yakah okey? Betul okey?" Soal Hazel lagi sambil menggosok bahu aku dengan kedua belah tangannya. Aku mengangguk mengiyakan.

"Ya, saya okey. Jangan risaulah." Kata aku. Hazel angguk dan senyum.

"Nanti, Taehyung balik. Tolong hulurkan ni dekat dia." Kata Hazel sambil memghulurkan sebekas roti sandwich kepada aku. Aku sambutnya dengan kerutan di dahi.

"Eh, akak kata tadi nak hantar pergi hospital?"

"Tak jadi. Dia dah on the way dah pun. Lagi satu, akak ada meeting nanti so tak boleh nak tunggu dia." Aku mengangguk faham tanda mengerti.

"Oh.. okey."

"Tolong eah? Jangan diri, adik." Tubuh aku dipeluknya. Terasa macam dah bertambah gemuk pula bila tangan Hazel susah nak peluk pinggang aku walaupun aku lebih tinggi darinya. Haihh.. mengandung memang menaikkan berat badan.

"Okey. Akak pun."

Hazel terus beredar keluar dari rumah. Aku letakkan bekas sandwich atas meja. Aku ke dapur untuk ambil susu segar. Tak tahulah tiba-tiba suka susu. Sebelum ni, aku mudah muntah bila minum susu. Ni, tiba-tiba je suka. Kadang-kadang aku minum susu je pun dah rasa kenyang. Teruk sungguh.

5 minit aku bersendirian, tiba-tiba bunyi loceng rumah menganggu khusyuk aku minum susu.

"Taehyung kut.." aku terus letakkan gelas atas kabinet dapur dan berlari anak ke pintu rumah. Tangan aku dah tersemat elok belas sandwich tadi. Aku pulas sahaja pintu, sesusuk tubuh seorang lelaki terpampang.

Aku tergamam. Terdiam dan terkedu. Ni bukan Taehyung. Ni bukan. Walaupun wajah mereka mirip tapi aku tahu ni bukan Taehyung.

"Bagi abang masa sekejap untuk berbincang dengan awak."

"Awak siapa?" Aku soal. Tangan aku menggigil terus. Baekhyun telan liur. Dia menarik nafas panjang. Sebelah kakinya dah masuk ke dalam rumah. Aku terus rapatkan pintu. Hanya mata memandang dia.

"Selangkah awak masuk, saya takkan maafkan awak sampai bila-bila." Menggigil aku bersuara. Baekhyun nampak serba salah. Tapi aku peduli apa! Aku masih sakit. Aku rasa dipermain dan diperbodohkan.

"Soyoung, kenapa macam ni, sayang?"

"Siapa sayang awak? Tak ada sesiapa yang sayangkan saya. Setakat ni, Kak Hazel dengan Taehyung je yang betul-betul tunjukkan perasaan tu. Awak? Tak adalah rasanya. Sebab telinga saya sendiri yang dengar, awak suruh saya tinggalkan awak. Awak suruh perempuan bodoh ni tinggalkan awak. Perlu ke saya berpaling lagi? Hmm?" Aku termenangis. Aku tak sengaja walaupun dalam hati dah nekad nak kuat. Tapi aku tak kuat. Aku gagal kawal rasa hati.

"Dengar dulu penjelasan abang, Soyoung. Abang tak berniat pun. Sumpah, abang langsung tak ada pasang niat. Abang cintakan awak. Mustahil abang calit najis dekat badan abang sendiri. Abang takkan bodoh macam tu."

"Tapi awak yang membodohkan saya! Awak yang suruh saya tinggalkan awak."

"Bukan abang yang minta. Abang buat tu sebab..."

"Dahlah, Baekhyun. Cukuplah tu. Sekali saya melangkah, saya takkan berpaling semula. Kecuali masa tu hati saya betul-betul... rela nak kembali dekat awak." Kata aku. Bersedia untuk tutup pintu. Tapi Baekhyun tahan. Kini kedua belah kaki dia dah mencecah bahagian kaki lima.

"Abang tak berniat langsung. Pegang kata-kata abang ni, Soyoung. Abang takkan pernah berpaling dari awak. Sekalipun awak yang buang abang, abang takkan buang awak dalam hidup abang. Abang cintakan awak. Abang sedia menerima awak dalam hidup abang semula. Abang takkan paksa. Abang akan tunggu, sampai akhir nafas abang."

DUM!

Aku terus katup pintu kondo dengan kuat. Air mata aku bercucuran turun ke cerun pipi. Sedih, kecewa. Aku tak tahu kenapa terlalu emosi dalam hal ni sedangkan dia dah jelaskan, dia tak berniat. Tapi aku terluka! Aku sakit menahan semua perasaan dan rasa. Rayu dan pujuknya, mustahil aku tak rasa apa-apa. Cuma aku masih belum bersedia untuk terima dia sekali lagi.

'Saya janji, suatu hari nanti, saya akan kembali kepada abang dengan hati yang rela. Tapi kalau saya rasa selesa dengan keadaan sekarang, saya sendiri akan hilang dari pandangan abang. Saya janji.'

Bersambung...

Maaf tadi saya update masa tengah drive, depan traffic light sampai kena hon sebab lambat jalan HAHAHAHAHAHAAH . So here..

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now