▶ Bab 92 ◀

3.5K 333 2
                                    

Baekhyun keluar dari bilik je, aku senyum. Sambil siapkan meja untuk makan malam, aku gamit dia untuk ke arah aku.

"Abang, sini." Haih.. tiba-tiba rasa berbunga hati secara tiba-tiba. Mulalah mood kegedikkan aku keluar.

"Awak masak ke? Abang tak selera nak makanah." Adunya sambil mendekati aku. Aku tersenyum nipis sahaja.

"Abang tak nak makan tak apa. Saya simpan. Esok panaskan." Kata aku, masih senyum. Baekhyun berdiri depan aku, aku pun terus peluk pinggang dia.

"Kenapa ni? Hmm?" Soal Baekhyun. Aku cuma diam. Senyum sambil mendongak.

"Rindu abang..." cringenya aku. Tapi aku peduli apa! Aku dah lupakan pasal dulu. Apa yang aku ingat, aku memang rindukan Baekhyun.

"Siapa suruh tinggalkan abang dulu? Kan dah rindu." Aku berdecit mendengar ayat Baekhyun. Mengungkit. Aku terus lepaskan pelukan pada tubuhnya dan nak jauhkan diri. Mencerut muka aku sentap.

"Hei! Sayang, janganlah macam ni. Abang cakap je." Tangan aku kembali diraih dan aku berdiri depan Baekhyun semula. Dia senyum, tapi tak aku.

"Abang ungkit."

"Okey, sorry." Tubuh aku dipeluk. Serta-merta aku rasa kembali terpujuk. MACAM NI KE MOOD ORANG PEREMPUAN?!

"Luka abang dah okey?" Soal aku sambil menilik wajahnya. Lebam masih ada, tapi tak jelas.

"Dah sikit."

"Ceritalah. Abang kata nak cerita."

Baekhyun sengih. Lupalah tu!

"Teman abang makan sekejap. Lepas tu nanti abang cerita." Katanya. Aku kecilkan mata tak percaya. Kurang yakin.

"Tadi pun sama nak cerita. Abang kata nak mandi dulu. Ni.. nak makan pula. Janji tau, cerita."

"Ya, sayang."

Aku senyum. Gembira. Akhirnya, aku dan Baekhyun kembali macam dulu. Bermakna, kisah aku dan dia bakal berakhir.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now