▶ Bab 75 ◀

2.9K 341 4
                                        

Aku melabuhkan kepala atas bantal kusyen di sofa dengan mata terpejam. Tiba-tiba rasa tak sedap badan pula. Perut aku yang macam hidup segan mati tak mahu nak membesar ni aku usap perlahan. Pengalaman pertama mengandung, aku rasa gembira dan sedih dalam satu masa. Gembira sebab aku bakal ada anak dari darah daging orang yang aku cinta. Sedih sebab aku terpaksa berpisah dengan Baekhyun.

Tipulah kalau aku kata aku gembira dengan dugaan ni. Tak, aku langsung tak gembira. Aku rasa sedih sepanjang masa. Kalau ikutkan hati memang nak sangat jumpa Baekhyun, tapi aku takut kalau Baekhyun bencikan aku. Aku takut dia marah aku, berubah dan sebagainya. Sebab aku bukannya datang dari keturunan yang baik-baik.

Ibu aku, bekas kekasih papa dia sendiri. Dan ibu mentua aku, bencikan aku. Helena, anak kepada pemilik rumah anak yatim yang aku duduki dulu. Aku! Aku memang pembawa malang.

Terasa ada air mata mengalir pada pipi. Aku seka perlahan. Lupakanlah, Soyoung. Lupakan. Tidur. Tid...

Tuk! Tuk!

"Soyoung! Soyoung!" Terus segar mata aku. Aku duduk, memandang Hazel yang ada depan pintu bilik aku.

"Kenapa, kak?"

"Baekhyun! Dia.. dia..." aku dah berdiri tegak. Aku jalan laju mendapatkan Hazel. Mata aku mula berkaca. Suami aku.

"Kenapa dengan dia? Kenapa dengan Baekhyun?"

"Dia masuk hospital. Dia nak jumpa awak."

Aku menganga kecil. Semakin kabur mata aku dibuatnya. Aku pegang tangan Hazel.

"Sa.. saya nak jumpa dia. Tolong..." Hazel mengangguk. Dia memeluk aku tiba-tiba dan gosok belakang badan aku. Semakin banjir empangan mata aku dibuatnya.

Teruk sangat ke?

Kenapa masuk hospital?

Abang.. maafkan saya.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang