▶ Bab 65 ◀

3K 318 3
                                    

"Abang... keadaan ni berlalu terlalu cepat. Benda ni berlaku serta-merta. Saya minta maaf. Saya terpaksa pergi." Menderu-deru air mata aku keluar sambil merenung segenap ruang penthouse. Aku rasa lost dalam dunia aku. Aku rasa nak keluar dari rumah ni secepat yang mungkin. Sebab aku tak nak sakit lagi bila Baekhyun tahu semuanya.

Aku letakkan access card rumah dalam laci, telefon bimbit, cincin, rantai, gelang dan segala barang pemberiannya kepada aku. Memang air mata aku laju mengalir sama laju dengan pergerakan tangan aku. Aku tak dapat bayangkan macam mana reaksi dia bila aku tak ada nanti.

Aku tak kuat.

Dengan langkah kaki yang longlai, aku keluar dari ruangan ini. Menderu-deru air mata aku keluar. Teresak-esak. Serabut kepala aku. Sakit kepala berdenyut-denyut.

Abang.. sekarang saya dah tahu. Saya yang undur diri. Tapi abang kena ingat, hati saya tak berhenti sebut nama abang. Bibir saya tak berhenti ucap kata cinta. Cukuplah sekadar dalam jarak jauh. Saya harap abang tak tahu pasal semua ni. Sebab saya tak mampu nak tengok muka kecewa abang. Maafkan saya.

Dan aku terus tekan punat lif untuk turun ke bawah. Terkatup sahaja pintu lif, kepala aku rasa betul-betul pusing. Berpeluh badan aku. Mata aku gelap dan terjatuh di atas lantai lif.

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now