"Nah, makan sikit." Aku hulurkan sesudu bubur ayam ke bibir ibu. Dia tersenyum manis ke arah aku sebelum meraup sudu makan itu. Licin. Aku duduk bersila di atas katil ibu. Kami dah macam kenal lama. Cuma aku masih rasa kekok. Ibu Baekhyun memang nampak sangat bergaya dan dihormati meskipun sedang menjaga kesihatan macam ni.
Cantik, langsing, dan wajahnya muda. Insecure jugalah sebagai menantu yang tak seberapa ni.
"Soyoung..."
"Ya?" Aku angkat kepala. Merenung wajah ibu yang masih lagi tersenyum memandang aku. Segan aku dibuatnya. Ibu sama macam Baekhyun. Suka senyum.
"Dah lama kenal Baekhyun?" Soalnya. Tertelan liur aku. Aku senyum dan menggeleng. Jujur.
"Kenal dia tak lama pun. Dalam 2 3 bulan macam tu."
"Oh.. lama jugalah. Macam mana boleh kahwin?" Aduh, rasa macam kena simbah air panas je ni. Tapi aku tetap teguh juga menjawab dengan jujur.
"Anak ibu tu unik. Pelik pun ada. Saya dengan dia kenal tak lama pun. Lepas tu kahwin, sampai sekarang. Dah 5 bulan dah kenal dia termasuk tempoh kahwin." 5 bulan. Ya, lama dah aku kenal dengan dia. Semuanya berubah dengan cepat. Aku pun rasa macam tak percaya. Dulu aku tolak dia beria, tapi sekarang aku yang penat berkasih sayang.
"Ibu ni bukan mak yang baik untuk dia." Kata ibu. Aku automatik berdecit kasar tidak bersetuju. Air kosong aku hulurkan kepadanya. Ibu teguk perlahan.
"Ibu buang dia sebab dia tak nak teruskan empayar keluarga." Terdiam aku. Kesan comot pada bibir ibu aku lap dengan sapu tangan.
"Ibu tahu, sejak dulu dia memang suka mengkaji, cakap depan orang ramai, mengajar, tapi ibu tak nak. Sebab dialah satu-satunya waris empayar. Ibu buang dia, ibu kata dekat dia, jangan anggap ibu sebagai mak kalau dia masih dengan keputusan dia."
Aku menekup mulut tanda terkejut. Tak menyangka kisah Baekhyun sebegini. Aku genggam tangan ibu erat. Cuba memberikan dia kekuatan untuk meneruskan cerita yang tertangguh tadi.
"Baekhyun sahut cabaran ibu. Dia hidup sendiri, without money, or anything yang boleh buat dia senang bina kerjaya. Masa tu umur dia dalam 23 tahun. Dia belajar sampai habis ke PhD. Sekarang dia dah nak masuk 27 tahun. Dia berjaya. Walaupun ibu tak ada masa graduation day dia. Bayangkan, dia dekat overseas sendirian. Tak ada sesiapa. Ibu ego sebab ikutkan hati. Padahal ibu rasa hancur sebab rindukan anak bujang ibu tu."
Seakan terlepas beban berat pada wajah ibu selepas dia menceritakan kisah hidup suami aku tu secara ringkas. Walaupun aku nak tahu lebih, tapi sampai situ jelah. Aku dah faham maksud 'luka' yang sebenar.
"Jadi, ibu nak minta Soyoung jaga anak ibu tu sampai ibu mati. Jaga dia, sayang. Cintakan dia sepenuh hati. Baekhyun memang soft. Dia lelaki, tapi hati dia penuh dengan kasih sayang. Sama macam mendiang papa. Sebab tu ibu hampir gila, sebab kehilangan papa." Kata ibu lagi sambil mencium dahi dan serata wajah aku sekilas. Segan aku dibuatnya.
"Boleh Soyoung tahu, kenapa papa meninggal?" Soal aku. Serta-merta wajah ibu berubah. Bukan sedih, tapi marah. Terasa tangannya kuat menggenggam tangan aku.
"Papa meninggal sebab nak selamatkan perempuan yang tak ada kaitan dalam hidup dia." Kata ibu. Aku terdiam. Agak serius bunyinya. Tapi aku nak tahu lebih.
"Perempuan tu masih hidup ke?"
"Tak. Dia meninggal dunia, gagal masa bersalin. Anak dia pun mati." Aku makin serius. Aku usap bahu ibu perlahan. Tiba-tiba aku teringatkan seseorang yang meninggal dunia kerana perkara yang sama itu juga.
"Then?"
"Sebenarnya, papa meninggal sebab kemalangan. Dia nak jemput perempuan tu dekat rumah sebab berlaku pendarahan dan nak dibawa ke hospital, tapi papa accident. Perempuan tu... bekas kekasih papa. Cuma mereka tak direstui sebab mereka tak sama taraf. Jadi keluarga papa dengan ibu dah bersepakat nak kahwinkan kami. Baekhyun satu-satunya anak ibu dengan papa sebab nak jadi pewaris empayar keluarga."
"Perempuan tu janda sebab suami dia askar. Mati masa on-duty. Anak pertama dia dah besar. Dalam 4 atau 5 tahun macam tu. Anak kedua dia dalam perut lagi. Ibu perasan, sejak perempuan tu mati suami, papa kerap balik malam. Kerap keluar malam, kadang-kadang sampai tak balik. Papa terlalu sayangkan perempuan tu... sampaikan empayar keluarga hampir jatuh. Dia lupa tanggungjawab dia sebab menjaga perempuan lain yang tengah mengandung."
Jelas, kesedihan yang maha dalam pada wajah ibu. Sayu aku mendengarnya. Aku menanti ibu menyambung cerita.
"Masa anniversary, papa tiba-tiba tak ada dekat rumah. Padahal dia dah janji nak celebrate anniversary sama-sama. Ibu ambil keputusan, nak cari papa. Ibu upah semua bodyguard untuk cari papa and guess what? Papa kemalangan masa nak ke rumah perempuan tu. Ibu betul-betul rasa down. Baekhyun kecil lagi, 10 atau 11 tahun, tapi papa dah tinggalkan dia."
Aku diam kemam bibir. Entah kenapa, cerita ibu seakan-akan mencuit tangkai hati aku supaya sedar akan sesuatu. Tapi aku tak sedar apa-apa. Aku rasa sedih dan marah. Tak tahulah kenapa nak marah. Kebahagiaan ibu jelas dirampas oleh perempuan lain.
"Seminggu lepas papa meninggal, ibu rasa berdendam. Ibu tak tahan. Ibu paksa diri pergi rumah perempuan tu. Ibu nak balas dendam. Ibu simbah asid dekat anak perempuan dia. Baru puas hati ibu. Tapi, sampai sekarang ibu masih simpan rasa dendam tu. Ibu benci keturunan perempuan tu walaupun anak dia yang ibu simbah asid tu nanti sebaik malaikat sekalipun!"
Terdiam aku. Serta-merta aku sentuh muka aku. Aku pun.. disimbah asid waktu kecil. Yang melakukan perkara itu pun seorang wanita. Cuma masa tu, aku kecil. Terlalu kecil dan takkan faham masalah yang berlaku. Apa yang aku tahu, waktu tu aku sakit menahan rasa masak kulit daging pada muka.
Hati aku terdetik, cerita ibu ini seperti copy dari kisah silam aku juga. Cuma yang lainnya, aku tak ingat apa-apa. Tapi ibu ingat.
"Ibu tahu anak dia dekat mana sekarang?"
"Lepas ibu simbah asid tu, ibu kena denda dan hampir kena penjara. Tapi diikat jamin. Apa yang ibu tahu, budak tu dekat rumah anak yatim. Sampai sekarang ibu tak tahu kat mana. Nama dia pun ibu tak tahu." Kata ibu lagi. Aku mengangguk. Aku usap bahu ibu supaya dia bertenang.
"Kalaulah ibu jumpa anak perempuan tu, entah apa yang ibu buat nanti. Perasaan dendam tu masih ada, Soyoung. Masih kukuh walaupun dah bertahun-tahun." Aku mengangguk faham. Tubuh ibu aku peluk erat.
"Dahlah, bu. Lupakan. Nanti ibu sakit."
Nafas ibu terhela penat. Jelas sekali yang ibu betul-betul marah dengan kisah silam itu sehingga memberi Baekhyun luka yang dalam.
Cuma.. aku tertanya-tanya, di mana budak perempuan itu sekarang?
Bersambung...
Faham ke tak pernceritaan tadi? Atau rasa macam blur-blur kucing, rasa macam complicated sangat ke. Kalau ada, komen eah. Insya Allah saya balas. Yang mana ada part yang saya tak balas tu, sebab saya sibuk kerja. So tak menyempatlah nak membalasnya. Insya Allah saya balas yang pertanyaan ni.
YOU ARE READING
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanficAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...