▶ Bab 68 ◀

3K 344 9
                                        

Merata Baekhyun cari keberadaan Soyoung. Tapi tiada. Tiada di cafe. Tiada di rumah kecilnya dulu. Tiada di penthouse. Hati Baekhyun dah mula meronta-ronta memekik nama Soyoung. Matanya dah mula berkaca-kaca semasa memandu kereta ke penthouse. Dengan harapan isterinya akan ada di rumah mewah mereka.

Tapi sampai di sana, jejak kaki Baekhyun ke dalam, terus air matanya jatuh. Lampu tidak dibuka, segenap ruang ini gelap.

Jadi memang betul, Soyoung dah pergi.

"Kenapa tiba-tiba, sayang? Kenapa tiba-tiba je semua ni? Kenapa buat keputusan terburu-buru?" Mengongoi suara garaunya menyebut segala persoalan dalam kepala. Baekhyun petik lampu, terang benderang rumah ini.

Lemah kakinya menuju ke bilik. Dia masih berharap Soyoung ada. Tapi semakin dia berharap, semakin air matanya melebat. Semakin berdenyut-denyut kelopak matanya hendak mengalirkan air yang selama ni terkumpul lama.

Kaki Baekhyun terus melembik apabila terpandangkan laci meja solek bilik ini terbuka. Tangannya menarik laci itu untuk dilihat isi dalam.

Access card penthouse, telefon bimbit, gelang, rantai, dan yang paling menumpahkan air matanya.. cincin.

"Kenapa sayang buka cincin ni?" Baekhyun menggumam dalam nada yang cukup sayu dah pedih. Betul-betul terjatuh dia di atas lantai dengan muka tak serupa Baekhyun yang kacak selama ini. Berubah auranya.

"Ni tanda cinta kita."

Keadaan memang berlaku begitu cepat. Masa sangat pantas berlalu. Sekarang sudah malam. Pagi tadi, kali terakhir dia bertemu dengan si cinta hati. Tapi malam ini dia sendirian? Buat kali yang pertama dalam hidupnya, dia ditinggalkan.

"Boleh tak kalau sehari tu, abang tak payah peluk saya?"

Baekhyun menunduk. Ya.. hari ni tiada sesiapa yang perlu dipeluk.

"Tapi kalau abang tiba-tiba tinggalkan saya, saya sendiri akan undur diri. Tapi cinta saya tak pernah padam untuk abang."

"Abang tak pernah tinggalkan awak, Soyoung. Tapi kenapa mesti awak yang tinggalkan abang? Abang tak pernah kisah siapa diri awak. Kenapa awak buat keputusan macam ni? Kenapa hukum abang macam ni? Apa salah abang?"

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang