Baekhyun baring atas lengan aku. Aku baring atas katil hospital yang sepatutnya hanya untuk Baekhyun. Tapi disebabkan ini permintaan mengada-ngadanya, aku naik juga atas katil ni dengan lengan aku menjadi alas kepalanya. Kedudukan kepala aku agak tinggi sikit darinya. Macam aku peluk kepala Baekhyun rapat ke dada. Itulah kedudukan aku dan dia sekarang.
"2 months?" Soal Baekhyun sambil melekapkan telapak tangannya atas perut aku. Aku angguk dan senyum.
"Ya."
"Patutlah lain macam je perangai. Ingat tak masa kita kat hotel tu? Awak flirt abang. Nasib baik yang masuk tu abang. Kalau housekeeper lelaki?" Aku berdecit kasar. Dia ingat pula pasal tu.
"Abang ni kenapa? Cari pasal?" Dia tertawa kecil. Kepalanya mendongak memandang aku. Aku menjeling.
"Merajuk?"
"Jangan cakap pasal tulah. Malu je. Mana saya tahu, tiba-tiba je macam tu."
"Orang makan ubat perangsang pun tak macam awak tau." Kata Baekhyun, masih nak mengejek aku. Aku kerut muka marah. Tangan aku mula nak tolak tangan Baekhyun supaya jauhkan diri tapi dia tarik pinggang aku supaya rapat dengannya.
"Jangan merajuk, sayang."
"Saja cari pasalkan?"
"Taklah. Mana ada." Baekhyun samakan kepalanya dengan kepala aku. Kami baring atas bantal yang sama. Tubuh aku menelentang sementara Baekhyun pula mengiring memeluk aku. Dia dah bebas dari dimasukkan air ke dalam badan. Tapi hanya satu jam. Selepas ni kena 'gari' lagi.
Aku tundukkan kepala mencium rambut Baekhyun. Tuhan... bagai terlepas beban atas bahu bila aku cium bau yang aku rindukan ni.
"Abang mandi tak masa demam?" Soal aku, selamba. Tergelak kepala Baekhyun. Tapi dia masih kekal menonton TV.
"Tak. Kenapa? Busuk eah?"
"Eh tak, mana ada. Rambut abang wangi. Badan abang wangi. Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi bila cium..." aku cium dahi Baekhyun, pipi, mata, hidung dan bibirnya laju-laju.
"... saya rasa selesa. Rasa tak nak jauh-jauh." Luah aku. Mood-mood macam ni mula datang. Sebulan aku tahan sabar.
"Kalau tak nak jauh, dekatlah dekat abang lagi." Katanya. Aku ketawa kecil. Aku masih cium-cium sekitar separuh wajahnya. Menyedut wangian asli dari tubuh lelaki ini.
"Sayang..." aku senyum mendengar suaranya meleret memanggil aku. Aku tolehkan kepala ke kanan, hidung kami berlaga.
"Ya, abang. Nak apa?"
"Jangan jauh dari abang lagi lepas ni? Abang check out je, kemas barang-barang awak dekat rumah Hazel, balik penthouse. Boleh?" Soal Baekhyun. Aku dah serba salah. Tangannya yang bergerak-gerak atas perut aku yang nampak sikit membuncit aku pegang. Tangannya terus terhenti membelai anaknya yang ada dalam perut aku.
"Buat masa sekarang, mungkin tak. Sebab ibu..."
"Abang akan selesaikan masalah ibu secepat yang mungkin. Dia akan terima awak semula. Percayakan abang."
"Tapi abang..."
"Soyoung... please? Jangan seksa abang macam ni." Aku jadi tak sampai hati nak menolak semua itu. Aku senyum dan angguk. Dahi Baekhyun menjadi sasaran bibir aku. Dia mula senyum manis.
"Janji, jangan tinggalkan abang lagi."
"Ya, saya janji takkan tinggal abang lagi." Aku senyum dan pejamkan mata. Tapi baru sekejap aku pejam, tiba-tiba rasa baju aku seperti sedang diselak pada bahagian perut. Menjerit aku dibuatnya.
"Abang! Buat apa ni?"
"Nothing. Tak percaya yang dulu perut ni kempis. Sekarang dah lain macam kembang dia. Awak pun dah gemuk." Cemberut muka aku mendengar statement itu. Baekhyun dah sengih dan ketawa senyap. Tangannya yang sedang menyentuh perut aku, aku jauhkan. Aku tolak hujung baju ke bawah menutupi kawasan terdedah itu semula.
"Jangan sebut gemuk. Sensitif."
"Eleh.." Baekhyun geselkan hidung pada pipi aku sebelum terasa dia sedut pipi aku menggunakan hidungnya. Geli!
"I love you, baby. So much." Ucap Baekhyun. Aku senyum.
"I love you more."
Bersambung...
Cringe alert. Sila scroll laju2 kalau tak suka. Hahahahaha.
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)