▶ Bab 89 ◀

3.7K 363 12
                                    

Kandungan aku dah masuk empat bulan. Bermakna, aku berjauhan dengan Baekhyun pun empat bulan juga. Dalam tempoh tu, aku mula rasa macam-macam. Rasa tak tenteram, rasa takut, dan apa yang aku tak percaya, aku rasa rindu Baekhyun. Sangat-sangat.

Ikutkan hati, aku nak balik penthouse. Aku nak jernihkan keadaan. Tapi ego tu.. hmm. Susah nak pulihkan diri sendiri walaupun terpaksa rasa sakit rindu tu.

"Soyoung, okey ke? Termenung je." Sapa Hazel yang sedang mendukung Haerin. Hazel duduk sebelah aku di sofa bersama senyuman yang tak pernah lekang di bibirnya.

"Okey je."

"Jangan susah hati sangat. Nanti baby pun susah hati. Mummy asyik termenung je." Kata Hazel sambil mengusap perut aku yang nampak jelas dari dulu. Aku cuma tersenyum nipis sahaja.

"Entahlah, kak. Dah jauh dari Baekhyun pun, sama je perasaan tu. Rasa risau, susah hati, takut. Sama je." Luah aku, sikit. Cuma 10% daripada keseluruhan.

Hazel membetulkan duduk. Lebih kepada duduk bersila dengan sebelah kaki, sementara sebelah lagi tergantung. Tubuhnya menghadap aku.

"Awak rindu Baekhyun eah?" Serkapnya. Terus aku tak boleh cakap apa-apa. Aku rasa kelu lidah. Tak terucap. Sebab serkapan Hazel tu memang betul pun.

"Emm.. sebenarnya, saya..."

"Tak salah rindukan suami, Soyoung."

"Tapi dulu saya sendiri yang suruh dia pergi. Mesti dia dah tak kisah pasal saya dah. Mesti dia dah lupa pasal saya." Aku sebak tiba-tiba. Emosi yang tak menentu menyebabkan aku rasa paranoid dengan keadaan sekeliling.

"Yakah dia tak kisah? Yakah dia dah lupakan? Kalau dia tak kisah, dia lupa, dia takkan tanya pasal awak setiap hari dekat Taehyung tau." Kata Hazel sambil menekan perkataan 'setiap hari'. Aku ternganga kecil sambil memandang Hazel. Hazel mengangkat kedua belah bahu sambil tersenyum.

"Dia... dia tanya pasal saya?"

"Ya, Soyoung. Dia tanya awak okey ke tak, baby sihat ke tak, awak dah makan ke belum. Semua dia tanya. And for your information, bunga-bunga tu semua..." tangan Hazel tunjuk ke satu arah iaitu di kabinet. Automatik aku memandang tempat yang sama. Ada 7 atau 8 jambangan bunga mawar merah dan putih di situ yang selama ini dihantar oleh orang misteri atas nama aku.

"... bunga tu semua, dia yang bagi dekat awak. Setiap minggu." Aku dah tahan rasa terkejut. Tapi aku tak boleh kawal. Aku terlalu terkejut dan terharu.

"Dia buat semua tu?" Soal aku lagi, tak percaya. Hazel angguk lagi. Aku dah rasa sejuk satu badan. Ya Tuhan.. kenapa Baekhyun buat macam ni?

"Saya tak layak terima semua tu, kak. Dia terlalu baik untuk saya. Tapi saya?"

"Soyoung... Baekhyun tak pernah minta dia tinggalkan awak. Dia dipaksa."

"Dia memang patut pun tinggalkan saya. Sebab saya memang tak layak untuk perempuan macam saya. Keluarga saya tak macam dia. Keluarga saya buruk, tak setaaf dengan dia." Ujar aku dengan air mata yang bergolak dalam empangan mata. Tinggal tunggu masa nak jatuh je. Aku sedih sangat. Aku tak sangka, Baekhyun masih ambil tahu pasal aku, walaupun aku dah minta dia tinggalkan aku.

"Sedih Baekhyun dengar kalau awak cakap macam tu tau. Baliklah, sayang. Jumpa dia." Pujuk Hazel sambil menggosok tangan aku. Aku menunduk. Jatuh setitis air mata.

"Saya takut saya belum bersedia."

"Nak berapa lama lagi, Soyoung? Dah 4 bulan. Lama dah tu."

"Tak apalah. Saya belum rasa nak balik lagi. Akak tak kisahkan kalau saya stay lagi dua atau tiga minggu lagi? Ke akak rimas dengan saya?"

"Eh! Jangan cakap macam tu. Akak tak pernah rasa terbeban atau rimas. Akak sebenarnya risau je." Aku diam. Ada ayat seterusnya yang hendak dikatakan oleh Hazel.

"Minggu depan, Taehyung kena pindah buat 5 bulan dekat Busan. Jadi akak dengan baby kena ikut sekalilah duduk dekat sana. Sebab tu akak minta awak balik rumah Baekhyun. Risaulah tinggal sendiri macam ni. Ya? At least akak tak serba salah masa nak tinggalkan Seoul nanti." Ujar Hazel. Aku terkedu buat seketika. Sesaat kemudian aku rasa makin hiba dan sendu.

"Akak nak pergi jauh ke?" Tangan aku mula memaut bahunya untuk memeluk.

"Soyoung, janganlah macam ni."

"Saya dah anggap akak macam kakak kandung saya sendiri. Macam mana saya nak hidup kalau akak tak ada?" Aku peluk erat tubuh Hazel dengan esakan halus. Emosi sungguh aku.

"Soyoung, akak pergi 5 bulan je. Akak balik sini nanti, mesti awak dah bersalin. Jangan risau, nanti kita berborak dekat phone setiap hari. Ya? Kalau ada masa, ajaklah Baekhyun melawat akak dengan Taehyung. Tidur dekat rumah akak. Ya?" Aku semakin menangis kuat. Aku peluk erat tubuh Hazel tapi tak rapat sangat sebab Haerin tidur dalam dukungan Hazel.

"Tak sama kalau semua tu dicover dengan benda lain."

"Sama je. Akak tetap Hazel yang sama. Apa yang lainnya?"

"Macam mana kalau Baekhyun tak nak?" Soal aku. Tiba-tiba je soalan tu muncul.

"Tak nak? Tak nak apa?"

"Tak nak datang rumah akak. Jauh."

"Dia naklah! Jangan risau! Haishh dia ni..."

Aku menangis lagi. Masih belum puas nak bermadu sayang dengan Hazel. Macam manalah nanti kalau aku dah berpisah dengan Hazel. Mesti rindu dengan dia, dengan Haerin.

Tapi Baekhyun.. aku takut dia tak setuju. Mesti dia marah kalau aku over macam ni. Mesti dia tak suka.

Hmm..

Bersambung...

Biasalah, mood orang mengandunggg **tone suara makcik bawang**

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now