▶ Bab 96 ◀ (Last Chapter)

7K 431 104
                                    

Aku nampak ibu, Makcik Soon, Chaeyoung dan yang paling melunturkan semangat aku untuk terus hidup adalah.. Byun Baekhyun. Dia ada depan aku sekarang. Tubuh kami rapat, tangannya memeluk pinggang aku sementara tangan aku tersepit antara tubuh kami. Dia senyum. Senyum yang membawa kepada sengihan yang melampau.
Tak guna.

Happy birthday, sayang.” Sekilas pipi aku dicium. Aku terdiam. Aku pandang Baekhyun dengan riak wajah yang kurang percaya.

“Hari ni hari jadi saya?” Soal aku. Baekhyun angguk kepala. Kemudian aku pandang ibu. Ibu senyum. Aku membalas senyuman itu dengan kekok. Dan secara tiba-tiba sahaja, tubuh aku ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Terus aku terdengar ucapan maaf bertalu-talu pada telinga.

“Ibu minta maaf, sayang. Ibu bersalah. Ibu buat Soyoung dengan Baekhyun berjauh sebab dendam yang ibu simpan lama dulu. Ibu tak fikir perasaan Baekhyun, perasaan Soyoung. Ibu tak baik. Ibu jahat. Ibu pentingkan diri. Dendam yang ibu simpan bertahun-tahun dulu yang buat ibu jadi macam ni. Ibu minta maaf.” Ucapnya dengan esakan yang sedikit kuat dan berat. Aku terus terdiam.

Aku pandang Baekhyun, minta penjelasan. Baekhyun kelip mata sekali. Aku pandang Makcik Soon dan Chaeyoung. Dua wanita itu turut sama macam Baekhyun. Aku agak tidak percaya. Perlahan-lahan belakang tubuhnya aku usap dengan tangan.

“Ibu tak ada salah dengan saya. Buat apa ibu nak minta maaf?”

“Jangan cakap macam tu, Soyoung! Ibu tak nak simpan rasa bersalah tu lama-lama. Soyoung, ibu dah buang dendam tu jauh-jauh. Ibu dah tak pedulikan semua tu. Sebab ibu percaya, kalau ibu simpan juga, ibu takkan dapat apa-apa. Soyoung jauh dari ibu, Baekhyun pun. Maafkan ibu?” Aku leraikan pelukan. Kedua belah pipi ibu aku cekup dengan tangan sebelum air mata itu aku seka dengan ibu jari.

Ibu... walaupun dia cuma ibu mentua aku, tapi perasaan tu datang senyap-senyap. Aku rasa ibu seperti ibu kandung aku sendiri.

“Mestilah saya maafkan. Ibu kan ibu saya.” Aku ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana.

“Ya, Soyoung anak ibu juga, sayang.” Aku terharu mendengar itu. Terus aku memeluk ibu erat. Belakang tubuh aku diusap lembut. Baekhyun mendekati aku. Dahi aku dicium perlahan. Aku senyum.

“Dah, jangan sedih-sedih. Penat tau saya datang sini sorang-sorang.” Aku mengadu sedikit sambil meleraikan pelukan. Ibu ketawa. Makcik Soon dan Chaeyoung yang tadinya di tepi kini mendekati aku dan peluk aku erat.

“Rindunya saya dengan makcik! Chaeyoung pun. Akak rindu tau!” Seperti program jejak kasih versi ketawa, aku dan dua beranak itu berpelukan sambil ketawa besar. Riuh sekejap rumah ni.

“Makcik dah tak rindu kau dah sejak Baekhyun dengan ibu kau kata kau nak datang sini malam ni. Makcik pun apa lagilah, dengar je rancangan Baekhyun nak kenakan kau, setuju je!” Kata Makcik Soon. Terus aku pandang Baekhyun. Baekhyun pandang tempat lain. Tak nak aku tanya yang bukan-bukanlah tu!

“Dekat mana semua orang menyorok tadi? Saya rasa betul-betul sorang-sorang. Tak tahu nak cari dekat mana dah.”

“Ibu, Makcik Soon dengan Chaeyoung menyorok dekat hati abang.” Aku terdengar bisikan yang cukup menggelikan telinga itu tepat dekat lubang telinga aku. Aku putarkan kepala memandang Baekhyun. Dia sengih. Hish! Apa ni?! Seronoknya semua orang kenakan aku!

“Semua tu tak penting, sekarang jom kita naik tingkat atas. Sebab laki kau ni lah, makcik bersusah payah dengan Chaeyoung nak sediakan makanan dekat tingkat atas.” Kata Makcik Soon sambil menarik tangan aku untuk mengikut langkah kakinya. Aku ketawa. Dah tak pedulikan Baekhyun dan ibu yang dekat belakang. Tapi aku yakin, mereka tak kisah kalau aku bermanja lebih dengan Makcik Soon.

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now