▶ Bab 22 ◀

3.2K 424 23
                                        

Baekhyun tenang menanda kertas peperiksaan bulanan pelajar-pelajarnya. Sekejap tangannya laju menanda, sekejap perlahan, sekejap laju sangat sebab kertas kosong. Ketap gigi juga Baekhyun dibuatnya. Dia sudah pun menyenaraikan nama-nama pelajarnya yang 'buat pasal'. Kenalah sekejap lagi.

Tuk! Tuk! Tuk!

Baekhyun mengangkat kepala. Kemudian dia melihat jam di tangan. 6 petang. Siapa pula yang nak berjumpa dengannya dalam waktu-waktu macam ni.

"Masuk!"

"Apa maksud Dr. tentang ni?" Terkedu Baekhyun dibuatnya apabila Helena meluru masuk. Paling mengejutkan jantung apabila sekeping kad jemputan perkahwinan jatuh di atas depan matanya. Baekhyun merenung Helena dengan wajah tegang.

"Apa masalah awak, Helena?"

"Masalah saya pasal tu. Dr. nak kahwin?" Soal Helena dengan nada suara yang tidak percaya. Baekhyun mengangguk. Dia sandarkan tubuh pada kerusi sambil menyilang jari jemarinya yang kemas diletak atas riba.

"Jadi apa masalah awak kalau saya nak kahwin?" Pertanyaan Baekhyun serta-merta membekukan lidah Helena. Helena genggam penumbuk. Dia tidak mahu meluahkan perasaan sebenarnya. Memang jelas dia akan ditolak mentah-mentah.

"Helena, awak student saya. Saya anggap awak tak lebih macam student saya sendiri. Kita tak boleh ada relationship. Awal faham sayakan?" Merah muka Helena dibuatnya. Dia menunduk sekejap.

"Jadi Dr. tahu apa perasaan saya?" Soal Helena. Baekhyun tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia merenung Helena yang berdiri di tepi meja kerjanya.

"Saya tak nak awak rasa macam tu dengan saya." Hanya katakan itu, Helena betul-betul rasa kecewa dan longgar lutut. Dia pejamkan matanya.

"Tapi, Dr., saya..."

"Helena..."

Helena diam. Baekhyun diam. Mereka saling memandang tetapi Helena kalah dulu. Dia tarik nafas panjangnya.

"Tahniah, Dr." Ucap Helena dalam dengar tak dengar.

"Ramai lagi lelaki yang kat luar sana, yang lebih layak untuk awak." Kata Baekhyun. Helena mengetap gigi. Dia betulkan begnya sebelum melangkah besar keluar dari bilik Baekhyun.

Baekhyun tarik nafas panjang. Tak tahulah sama ada nafas lega atau nafas tak tenang. Tapi apa yang pasti, ketenangannya hanya mampu dicari jika bersama Soyoung.

Segera dikemas meja yang berselerak. Dia mahu berjumpa Soyoung. Hanya gadis itu yang mampu memahaminya sekarang ini.

Gedikkan?

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang